suria

Kak Nita-Mahathir masih 'dilamun cinta.'

Suami Anita Sarawak, Mahathir Abdullah sentiasa menemani Anita ke mana sahaja dia pergi.
Suami Anita Sarawak, Mahathir Abdullah sentiasa menemani Anita ke mana sahaja dia pergi.
Suami Anita Sarawak, Mahathir Abdullah sentiasa menemani Anita ke mana sahaja dia pergi.

PADA usia 56 tahun, penghibur popular, Anita Sarawak memiliki segala-galanya. Menjadi penyanyi, pelakon, pengacara program sendiri dan mempunyai suami yang penyayang, Mahathir Abdullah yang sentiasa menemaninya ke mana-mana.

Semua itu menjadikan kehidupannya ibarat hampir lengkap memandangkan apa yang dimilikinya hari ini.

Beliau juga diangkat sebagai penghibur yang berjaya bukan sahaja di dalam malah luar negara.

Namun bagi anak kepada bintang lagenda Allahyarhamah Siput Sarawak ini, semuanya tak akan mampu diperolehinya tanpa sokongan daripada suami tersayang dan pihak media massa sendiri.

Baginya media memainkan peranan penting dalam jatuh bangun kariernya sebagai anak seni.

Mengibaratkan hubungannya dengan media seperti ’kawan baik’ dan sempena itu beliau telah mengadakan majlis khas, Malam Penghargaan Media di Mont Kiara baru-baru ini.

Majlis ini menjadi acara tahunan dalam diari penghibur ini sejak setahun yang lalu.

Berlangsung dalam suasana yang cukup santai, dengan diisi dengan acara karaoke dan cabutan bertuah nyata tetamu yang hadir terhibur dengan acara yang disusun oleh Kak Nita dan Abg Mahathir ini.

"Kak Nita mahu anda semua bergembira dan meraikan bersama-sama apa yang telah dicapai selama ini.

"Ini juga sebagai tanda penghargaan kami kepada media yang telah banyak memberi sokongan kepada kami," katanya yang ditemui selepas berkahirnya majlis tersebut.

Masih dilamun cinta

Biarpun sudah sembilan tahun berumah tangga dengan Mahathir, bagi Anita memori indah yang dikecapi sepanjang melayari bahtera rumah tangga disamping suaminya membuatkan dia merasa ibarat mereka baru sahaja berkahwin.

"Kak Nita rasa macam kami baru berkahwin. Abg Mahathir seorang yang sangat romantis dan suka meluahkan kasih sayangnya," katanya. seniwati yang pernah popular menerusi lagu duet Bercanda Di Pasiran Pantai, bersama Allahyarham Sudirman.

Bagi Anita yang lebih mesra dengan panggilan kak Nita hidupnya telah sempurna setelah menjadi isteri kepada Mahathir.

Menurut Kak Nita, ungkapan cinta tidak pernah lekang daripada bibir Abg Mahahtir setiap pagi.

"Setiap pagi bangun saja dari tidur Abg Mahathir akan bisikkan ungkapan I Love U kepada Kak Nita, itulah yang menyemarakkan lagi cinta kami berdua.

"Kini ia sudah menjadi satu kemestian bagi Kak Nita untuk melakukan perkara yang sama kepada Abg Mahathir," ujarnya penuh ceria.

Jelasnya, banyak perkara yang dilakukan bersama setiap hari menjadikan hubungan mereka terjalin erat.

"Kami berkongsi minat yang sama, setiap hari kami sama-sama beri makan burung di rumah, kami siram pokok bunga semuanya dilakukan bersama-sama, inilah yang mengeratkan lagi hubungan kami," ujar Kak Nita penuh ceria.

Abg Mahathir yang berada disebelah turut tersenyum mengiyakan kata-kata isteri tersayang sambil mengenggam erat tangan Kak Nita.

Bercerita lanjut mengenai rumah tangganya, Kak Nita berkata untuk mengecapi kebahagiaan hakiki, paling penting adalah sentiasa berfikiran positif serta bersyukur terhadap segala kurniaan Tuhan.

Jelas beliau, paling mudah adalah dengan memaafkan setiap orang.

"Setiap hari sebelum Kak Nita tidur, akak akan maafkan semua orang. Dengan Abg Mahathir pun Kak Nita mintak maaf sebelum tidur. Hati kita akan tenang. Bila hati kita tenang, semua perkara akan jadi mudah," ujarnya.

Jadi duta produk kecantikan

Biarpun bergelar selebriti Kak Nita tidak pernah menggunakan kesempatan tersebut untuk meraih keuntungan.

Beliau berpegang pada prinsip, biar satu perkara itu benar-benar diyakini barulah dia berani mencuba.

Berbekalkan kenyakinan itu Kak Nita kini bergelar duta produk kecantikan yang sudah 15 tahun membina nama di negara ini.

Jelasnya, inilah kali pertama dia menjadi duta bagi produk kecantikan.

"Inilah kali pertama Kak Nita jadi duta produk kecantikan. Bukan senang, tapi setelah Ibu Silvana menyakinkan Kak Nita, Tuhan telah mengerakkan hati Kak Nita untuk mencubanya," ujar penyanyi yang pernah popular dengan single Tragedi Buah Epal.

"Mungkin nama Silvana Kosmetik agak asing bagi kita tapi, percayalah saya sudah mencubanya kira-kira sebulan dan ia dapat melihat kesan yang sangat mengagumkan," katanya.

Menurut Kak Nita, produk kecantikan tersebut terdiri daripada pelbagai produk jamu yang baik untuk kesihatan, produk asas penjagaan kulit wajah serta minuman jus berasaskan madu lebah.

"Tiada barang pengawet digunakan, semua bahan-bahannya berasaskan buah-buahan dan herba," katanya.

Lebih istimewa, Silvana merupakan produk kecantikan yang diusahakan oleh ibu pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie.

"Ibu Silvana telah beri Kak Nita peluang mencuba produk ini terlebih dahulu untuk melihat sama ada ia serasi atau tidak. Alhamdulillah Kak Nita rasa serasi dan produk kecantikan Silvana sesuai dengan kulit akak yang sensitif," ujarnya yang turut menjadi duta produk Pensonic sejak dua tahun yang lalu.

Selain Pensonic, Kak Nita telah menjadi jurucakap produk, Empire Furniture dan juga duta di saluran Astro Ria bagi program kendaliannya.

Sambung kontrak Astro

Menceritakan lebih lanjut tentang perancagannya pada tahun hadapan, Anita berkata pada tahun hadapan beliau akan terus mengacarakan rancangan

Sungguhpun kini jadual aktiviti seni Kak Nita agak senyap, dia sebenarnya sudah menandatangani kontrak untuk program

Ada sebabnya mengapa Kak Nita begitu setia dengan Astro kerana menurutnya kebebasan yang diberikan adalah pendorong utama dia kekal eksklusif bersama stesen televisyen berbayar ini.

"Bersama Astro, Kak Nita banyak diberikan kebebasan untuk memberikan idea. Astro sangat terbuka menerima idea-idea baru dan Kak Nita secara peribadi sangat gembira dengan kerjasama ini. Hubungan kami seperti kawan,"' ujar anak kepada pelakon legenda, Allahyarham Datuk S. Roomai Noor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dunia tinta Rina Khan!

Artikel Lain