suria

Giliran Ana tinggalkan Idola Kecil!

Ana tersingkir kerana buat persembahan pertama? -foto TV9
Ana tersingkir kerana buat persembahan pertama? -foto TV9
Ana tersingkir kerana buat persembahan pertama? -foto TV9

SEKALI lagi Idola Kecil menyingkirkan peserta perempuan apabila Nurfarhana Mohd Zaidi atau Ana mengikut jejak langkah Tasya dan Milia.

Keputusan juri ini sungguh mengejutkan memandangkan persembahan Ana tidak begitu mengecewakan dan menerima komen yang baik daripada kedua-dua juri Idola Kecil.

Ana yang ternyata terkilan terpaksa akur dengan keputusan juri. Adakah kerana menjadi peserta pertama yang membuat persembahan pada malam itu telah menggagalkan Ana untuk bertahan di pentas Idola Kecil?

Walaupun terdapat beberapa peserta lain yang memperlihatkan persembahan biasa dan menerima kritikan daripada juri, ternyata rezeki Ana terhenti disini dan membawa pulang cek bernilai RM1,000 sebagai hadiahnya.

Namun, minggu lalu tetap menyaksikan persembahan bertenaga dan menghiburkan daripada Udin dan Wada yang dilihat telah berjaya menghayati lagu yang dibawa.

Ekspresi wajah peserta dilihat cukup menonjol dan berupaya membawa penonton dan juri untuk menyelami maksud lagu dendangan mereka.

Sementara persembahan bersahaja Afiq menerima komen juri untuk meningkatkan lagi latihan pengawalan vokal dan stamina agar melakukan yang lebih baik pada persembahan akan datang.

Sungguhpun begitu, bukan hanya bersandarkan pada penyampaian yang bagus, keyakinan diri harus ditonjolkan untuk memastikan lontaran suara yang kemas dan bertenaga. Disamping itu, inilah masanya peserta mengaplikasikan segala tunjuk ajar guru mereka dalam Idola Kecil.

Adakah aktiviti dalam Idola Kecil membuahkan hasil dan memberi kesan kepada peserta atau sekadar mengisi masa lapang semata-mata?

Jika dilihat pada persembahan terdahulu, keyakinan diri mempengaruhi gaya persembahan sehinggakan ada diantara mereka yang kelihatan kurang bersedia.

Kini, peserta bijak untuk mengawal pergerakan diri serta membina keyakinan agar selesa beraksi di pentas Idola Kecil walaupun di usia muda.

Justeru, bagi memudahkan pergerakan, peserta ditempatkan di satu lokasi khas.

Peserta-peserta Idola Kecil berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik nyanyian dan tarian disamping dibekalkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan melalui aktiviti seperti lawatan berilmu ke Petrosains, kelas motivasi serta aktiviti riadah yang dapat meningkatkan keyakinan serta kecergasan peserta.

Usaha murni TV9 dalam mendekati penonton kanak-kanak melalui rancangan realiti ini pasti lebih berkesan di mana Idola kecil bukan hanya menonjolkan bakat nyanyian tetapi juga diselangi dengan visual-visual aktiviti peserta sepanjang berada dalam Idola Kecil.

Menarik tentang Idola Kecil apabila program ini memberi peluang kepada peserta untuk menambah kenalan disamping meluaskan pandangan dengan berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pendapat antara mereka.

Bertepatan dengan nama rancangan realiti televisyen terbaru ini, Idola Kecil bakal melahirkan idola sebagai ikon kepada kanak-kanak di luar sana untuk berusaha lebih gigih demi mencapai cita-cita.

Seperti biasa, peserta bakal didedahkan dengan cabaran berbeza dengan menyampaikan lagu yang berlainan tema pada setiap minggu. Antara tema yang akan dipertaruhkan adalah irama 60-an, duet, balada, pop, zapin, inang, kontemporari, irama Malaysia serta lagu berbahasa Inggeris.

Idola Kecil pada minggu lalu telah membawakan adunan konsep Nusantara, kemanusiaan dan pengorbanan.

Setelah bersama penonton saban minggu, Zizan atau Mohd Razizan Bin Abdul Razak dilihat serasi dengan tugasnya sebagai pengacara rancangan realiti ini.

Kepetahan dan keramahan Zizan dalam berinteraksi dengan peserta-peserta Idola Kecil menambahkan warna dan keseronokan rancangan ini.

Karakter beliau yang lucu dan bersahaja juga bertepatan dengan rancangan hiburan kanak-kanak ini untuk menjadikan Zizan sebagai ikon positif kepada penonton kanak-kanak dirumah.

Seperti sedia maklum, permarkahan Idola Kecil adalah 100 peratus daripada penilaian juri professional yang dijemput setiap minggu.

Peserta yang mendapat keputusan terendah akan disingkirkan pada minggu-minggu yang ditetapkan.

Minggu lalu, persembahan peserta telah diadili oleh Nora dan Nor Radlinda Razli atau lebih dikenali sebagai Bienda.

Juara Idola Kecil bakal memenangi wang tunai berjumlah RM 10,000, manakala tempat kedua akan menerima RM 6,000 dan RM 3,000 bagi peserta yang mendapat tempat ketiga.

Namun, tujuh peserta lain tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana masing-masing akan menerima wang sagu hati berjumlah RM 1000 sebagai tanda penghargaan diatas usaha mereka sebagai pendorong untuk meneruskan usaha.

Berikut adalah senarai nama lagu yang akan dipersembahkan oleh peserta pada minggu ini:

Nama: Nurfarhana Mohd. Zaidi (Ana) Lagu: Rama-Rama Asal: Masai, Johor Umur: 11 tahun

Lagu: Rama-Rama

Asal: Masai, Johor

Nama: Ridzuan Haqiem Rusli (Haqiem) Lagu: Oo La La Tropika Asal: Hulu Langat Umur: 10 tahun

Lagu: Oo La La Tropika

Asal: Hulu Langat

Nama: Syaza Farzana Shahrul Ridhwan (Syaza) Lagu: Bonda Asal: Bayan Lepas, P.Pinang Umur: 12 tahun

Lagu: Bonda

Asal: Bayan Lepas, P.Pinang

Nama: Dayang Nazilah Awang Astillah (Didi) Lagu: Syukurku Sedar Asal: Cheras, Kuala Lumpur Umur: 11 tahun

Lagu: Syukurku Sedar

Asal: Cheras, Kuala Lumpur

Nama: Nur Syuhada Amir Hamzah (Syada) Lagu: Kau Di Hatiku Asal: Setapak Indah, Kuala Lumpur Umur: 10 tahun

Lagu: Kau Di Hatiku

Asal: Setapak Indah, Kuala Lumpur

Nama: Wan Muhammad Hafizuddin Wan Anuar (Udin) Lagu: Mungkin Langitmu Lebih Biru Asal: Bandar Baru Bangi Umur: 11 tahun

Lagu: Mungkin Langitmu Lebih Biru

Asal: Bandar Baru Bangi

Nama: Wan Syuhada Md. Amin (Wada) Lagu: Wajah Asal: Cheras, Kuala Lumpur Umur: 12 tahun

Lagu: Wajah

Asal: Cheras, Kuala Lumpur

Nama: Mohd. Shafieq Shazwan (Afiq) Lagu: Kiblatku Asal: Klang, Selangor Umur: 11 tahun

Lagu: Kiblatku

Asal: Klang, Selangor

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan gelagat serta aksi-aksi 7 peserta cilik yang masih bertahan di dalam rancangan realiti Idola Kecil yang disiarkan pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam hanya di TV9, saluran Dekat Di Hati anda.

Artikel Sebelum

Zizie dibayangi kejahatan Norell

Artikel Berikut

Artikel Lain