Zizie bawa watak Norell di dalam Spa Q 2. -foto The Star oleh SHAARI CHE MATDRAMA bersiri Spa Q 2 kembali menemui penonton sejak Isnin lalu, 15 Disember yang disiarkan mulai Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang di TV3.Drama 60 episod ini meneruskan kesinambungan kisah Qistina lakonan Norish Karman yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai konflik bersama dua orang anaknya Dafi (Fazren) dan Melissa (Zaris Nellydya) selepas kematian suaminya, Riezman. Selain watak Qistina, Dafi dan Melissa, watak Norell lakonan Zizie Ezette A. Samad turut menjadi perhatian penonton.Norell merupakan pengurus Spa Q yang diamanahkan oleh Qistina untuk memastikan perniagaannya berjalan lancar memandangkan Qistina semakin sibuk dengan pelancaran Spa Q seluruh negara sehingga ke rantau Asia.Namun, Norell sanggup mengkhianati Qistina dan akhirnya menjadi pesaing terdekat Spa Q.Ketika melakonkan watak antagonis itu, Zizie berkata dia hanya membayangkan dirinya sendiri adalah Norell.“Di dalam lakonan, saya cuba menghayati watak Norell yang suka mengarah, dan dengki dengan orang lain.“Saya cuba membaca skrip beberapa kali untuk menghayati watak itu,” jelas Pelakon Wanita Drama Terbaik Anugerah Skrin ke-6 ini.Ujarnya, walaupun dia sudah banyak kali menggalas watak antagonis, namun Zizie cuba mencetuskan kelainan dalam setiap tugasan yang diberikan.“Saya cuba melakukan kelainan dalam setiap watak jahat yang dilakonkan sebelum ini.“Misalnya, saya menunjukkan kejahatan pada tahap melampau dalam drama bersiri Emil Emilda.“Namun, dalam drama Spa Q 2 ini, saya cuba lakukan secara ‘subtle’ dan bukan dibuat-buat,” tutur anak gadis jelita aktres dan pengarah drama Khaty Fauziah ini.Bercerita tentang lakonan menerusi drama Spa Q 2 yang sedang menjalani proses pengambaran, Zizie berkata dia menyenangi cara kerja pengarah Redza Fahmy.“Setakat ini, berkerja dengan Redza memang ‘the bomb’ kerana dia boleh menerima pendapat saya.“Kalau dia suruh buat sesuatu, saya akan pertimbangkan sama ada bersesuaian dengan watak atau tidak.“Jika saya rasa tak boleh, saya akan beritahu dia dan kami saling bekerjasama dengan baik,” kata Zizie.Berkahwin ikut kata hatiSukar untuk mengungkapkan bahasa cinta Zizie, 30, kerana selayaknya hanya dia sahaja yang mengetahui segala-galanya.Bagi Zizie, dia mengakui jodoh dan pertemuan itu terletak di tangan Yang Maha Esa, namun jika tersilap langkah, mahligai yang dibina boleh roboh pada bila-bila masa sahaja.Dia percaya hati dan perasaan turut memainkan peranan yang penting dalam mencetuskan perhubungan melibatkan cinta, kasih dan sayang.Setakat ini, Zizie berkata dia sedang berkawan dengan seorang lelaki berusia 42 tahun dan merupakan seorang ahli perniagaan.Cerita Zizie, dia sudah mengenali lelaki berstatus bujang ini sejak tujuh tahun lalu.Walaupun usia perkenalannya boleh dikatakan sudah mencapai tahap serius, namun banyak perkara lagi yang Zizie rasakan belum layak untuk menerima sang jejaka sebagai suaminya.Hendak dikatakan lelaki ini serba kekurangan, tidak juga, kerana melalui kaca mata Zizie, si jejaka mempunyai segala-galanya yang didambakan wanita seperti kewangan, kematangan dan layanan yang istimewa.Namun, Zizie tidak mudah terpukau dengan semua yang ditaburkan itu sebaliknya inilah yang diluahkan olehnya:“Perkara yang melibatkan perkahwinan ini melibatkan hati. Semasa hati saya betul-betul sudah sedia untuk berkahwin, tiba-tiba ada halangan pula.“Selepas itu, kami membuat perancangan lagi tetapi sebaliknya hati saya pula yang tidak bersedia waktu itu.“Saya tak tahu nak huraikan macamana lagi sebab dalam perkahwinan ini, saya tak nak terlalu terburu-buru membuat keputusan.“Mungkin juga sebab apabila sudah terlampau lama berkawan, hubungan kami ada pasang dan surutnya hingga membuatkan hati saya tak selalu gembira.“Bukan saya sudah tawar hati, tetapi saya belum bersedia lagi. Tetapi, satu yang saya puji tentang sikapnya yang tidak jemu-jemu mengambil hati saya walaupun dia tahu saya tidak gembira.“Jadi, sebab itu apa yang saya lakukan nanti, saya bukan sahaja melihat dari segi kewangan dan persediaan lain, malah saya juga akan mengikut kata hati saya.”Tambah Zizie, dia faham umurnya yang semakin meningkat itu boleh mengakibatkan pelbagai perkara yang tidak sihat dalam perkahwinan seperti masalah lambat mendapat anak namun dia tidak memandang hal itu sebagai penyebabnya.Apa yang penting bagi Zizie, perkahwinan itu memerlukan lebih kepada komitmen kerana menganggap ia suatu tanggungjawab yang berat untuk dipikul oleh sesiapa sahaja sama ada lelaki atau wanita.“Bagi saya, perkahwinan bukan sahaja melibatkan penyatuan dua hati di mana kita bukan sahaja inginkan sebuah keluarga bahagia malah ia lebih kepada komitmen kerana perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat.“Misalnya, apabila saya berkeluarga, tugas menjaga anak tidak sepatutnya dilepaskan kepada saya seorang,” tutur Zizie positif.Mungkin juga pengalaman lalu membuatkan wanita mempunyai bakat semulajadi dalam dunia lakonan ini berfikiran matang sekaligus membuatkan dia nekad untuk betul-betul membuat pilihan sebelum terikat dengan mana-mana lelaki.“Salah satunya, mungkin juga saya banyak berfikir disebabkan pengalaman penceraian ibu dan bapa saya yang dilihat di depan mata.“Jadi, selepas daripada itu, saya perlu betul-betul ambil tahu siapa bakal suami yang akan menjaga anak saya.“Saya tak boleh ambil mudah tentang perkara ini. Saya inginkan lelaki yang stail suka duduk rumah dan pentingkan keluarga,” ujar Zizie yang turut mengiyakan setakat ini temannya itu memenuhi ciri-ciri tersebut.Harap dibukakan pintu hatiTahun 2008 dianggap memberikan sirna yang ‘cerah’ kepada Zizie dari segi tawaran berlakon yang tidak putus-putus dan sesungguhnya dia bersyukur dengan apa yang dianugerahkan.Sementara itu, Zizie mengolah kehidupan cintanya masih belum menemui penghujung dan dianggap berada pada tahap ‘biasa-biasa’ sahaja.“Jadi, saya harap tahun 2009 nanti membuka lebih banyak peluang dalam karier dan kehidupan saya.“Saya juga meminta supaya Tuhan bukakan pintu hati yang sudah tertutup ini,” ulas Zizie yang ada menerima tawaran berlakon oleh beberapa produksi mulai Januari 2009.