JOHOR BAHRU: Pengantin baru Mawi dan Ekin menarik nafas lega kerana segala persiapan majlis akad nikahnya berjalan lancar.Majlis bersejarah pasangan mempelai itu turut dihadiri oleh ibu pengantin lelaki, serta ahli keluarga lain, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak. Ketika ditemui selepas majlis akad nikah itu, pasangan merpati dua sejoli ini melahirkan rasa bersyukur setelah hubungan cinta mereka berakhir dengan perkahwinan selepas lebih dua tahun pasangan ini menyulam cinta."Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Saya rasa amat gembira sekali kerana yang penting acara akad nikah ini telah pun berakhir."Pada masa yang sama saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami sepanjang majlis ini berlangsung.Penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Saliha ini juga berharap semua pihak berhenti meyebarkan fitnah dan tohmahan kepada Ekin yang kini bergelar isterinya."Dia seorang wanita yang kuat menghadapi semua cabaran sejak kami kenal hingga hari ini. Saya mintak kalau boleh lepas ini semua pihak hentikanlah menyebarkan fitnah yang bukan-bukan kepada dia, sebab semuanya tak betul,” kata bintang AF 3 ini.Mawi yang terkenal dengan gelaran Raja SMS, berharap semua peminatnya mendoakan kebahagiaan hubungan yang baru dibina bersama Ekin kekal sehingga ke akhir hayat.Sementara itu, Ekin juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar meskipun mengakui agak gementar ketika saat diijabkabulkan.Dia juga dilihat tidak dapat menahan sebak ketika mendengar nasihat dan pesanan dari bonda tersayang, Fatimah Saad, selepas upacara penyerahan dan penerimaan tanggungjawab di antara ayahanda Ekin, Rahmat Mohamad kepada Mawi.Bagi Ekin keakraban hubungan dengan ibunya itu membuatkan dia betul-betul terharu dan rasa seperti kehilangan tempat mengadu."Selama ini ibulah tempat saya mencurahkan segala rasa hati. Saya risau tak akan kehilangannya selepas berumah tangga," ujar Ekin ceria.Menurutnya, beliau rasa lega dan bahagia sekali kerana pelbagai dugaan dan rintangan telah dihadapi bersama Mawi sebelum mereka bergelar suami isteri."Terlalu banyak yang dah saya lalui sebelum sampai ke tahap ini. Saya rasa bahagia sangat selepas kawin dengannya (Mawi)," katanya.Majlis pernikahan juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini turut disiarkan secara langsung melalui saluran Astro Oasis (106).Pada sebelah malam nanti majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru,bermula pada jam 8 malam.