suria

Juara Sehati Berdansa 2: Lisda-Fauzi atau Amyza-Khairil?

GERAK tari pasangan manakah yang lebih menambat hati peminat program realiti 'Sehati Berdansa' dan antara pasangan Lisda-Fauzi dan Amyza-Khairil, siapakah yang lebih bernasib baik membawa hadiah lumayan yang disediakan?

Semuanya akan terjawab besok bila Juara Sehati Berdansa musim kedua diumumkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC).

Yang pasti, persaingan antara pasangan Lis Dawati dan Fauzi Nawawi (Lisda/Fauzi) yang mewaklili Rumah Nur Salam mahupun pasangan Amyza Aznan dan Khairil Izhar Mohd Nadzir (Amyza/Khairil) yang mewakili Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia, cukup menarik.

Kedua-dua mempunyai harapan cerah untuk bergelar Juara yang baru.

Dari aspek persembahan, pasangan Lisda/Fauzi memang layak diangkat sebagai juara musim kedua ini.

Ini diakui sendiri oleh juri profesional Linda Jasmin dan Hamzah Tahir minggu lalu kerana mereka senantiasa konsisten dan menunjukkan prestasi yang baik saban minggu.

Peratusan yang dicatat mereka 64.16 peratus juga mendahului pasangan Amyza/Khairil (63.70 peratus) pada minggu kesembilan.

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PASANGAN AMYZA DAN KHAIRIL

Undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tinggi saban minggu. Gerak tari tidak konsisten, Amyza dan Khairil tidak nampak serasi kerana Khairil agak kaku. Koreografer Nizam Zakaria kurang kreatif. Bukan pilihan juri profesional untuk ke final

Gerak tari tidak konsisten,

Amyza dan Khairil tidak nampak serasi kerana Khairil agak kaku.

Koreografer Nizam Zakaria kurang kreatif.

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN LISDA DAN FAUZI

Undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tidak menentu. Gerak tari selalu konsisten dan ada elemen 'surprise.' Nampak serasi kerana kedua-dua pandai menari. Koreografer Ray Redzuan Awang selalu kreatif dan pandai memilih bunga tari. Pilihan juri profesional ke final

Gerak tari selalu konsisten dan ada elemen 'surprise.'

Nampak serasi kerana kedua-dua pandai menari.

Koreografer Ray Redzuan Awang selalu kreatif dan pandai memilih bunga tari.

Pada acara kemuncak Sehati Berdansa musim kedua, pasangan akan diberikan dua cabaran akhir iaitu persembahan tarian Melayu kontemporari dan Latin.

Antara 'highlight' di petang itu ialah persembahan pembukaan 10 koreografer pasangan Sehati Berdansa dan kemunculan lapan pasangan selebriti tersingkir pada pusingan sebelum ini.

Tahun lalu, pasangan ideal Vanidah Imran dan Rashidi Ishak bersama koreografer mereka, Sazlan Mat Adnan dinobatkan sebagai Juara Sehati Berdansa.

Musim kedua pula disertai selebriti yang terdiri dari pelakon Amyza Aznan dan suami, Kharil Izhar Mohd Nazir, penyanyi Ani Mayuni atau Aishah An-Nur Osman dan suami, Zairi Azmi, Mohd Ashid Ahmad (Ashed Def Gab C)/Sharifah Noor Shima Syed Masnu, Abdul Jamal Jamaluddin/Noor Faridah Mohd Noor, Mazin Ameen Siraj/Ida Charrunisa P, Sabrina Ali Dad Khan (Sabrina)/Mohamad Shahrin Abdul Halim, Shasha Mohamad Saidin/ Salyo Priyanto Notosoemarsono dan Noraini Morat/Shahril Arsat.

Juara Sehati Berdansa musim kedua bakal mengumpul dana RM15, 000 untuk disalurkan kepada badan kebajikan diwakili mereka.

Mereka akan membawa pulang kereta Kia Optima, pakej percutian ke Eropah Tengah untuk dua orang sumbangan Golden Deluxe Travel Service Agency Sdn Bhd, hamper dan trofi Sehati Berdansa sumbangan Astro. Juara koreografer berpeluang bercuti ke Jepun untuk dua orang sumbangan penaja sama, trofi dan hamper sumbangan Astro.

Naib juara Sehati Berdansa akan mengumpul dana RM10,000 untuk badan kebajikan diwakili mereka, hamper dan trofi Sehati Berdansa sumbangan Astro. Acara kemuncak Sehati Berdansa musim kedua akan disiarkan secara langsung dari PICC menerusi saluran Astro Ria jam 9 malam, Sabtu ini (27 Disember).

Artikel Sebelum

Rewang bersama Mawi-Ekin

Artikel Berikut

Artikel Lain