suria

Magis Lisda-Fauzi juarai Sehati Berdansa 2

Nisdawati Nazaruddin dan Mohd Fauzi Mohd Nawawi akhirnya berjaya meraih gelaran juara Sehati Berdansa 2. -foto The Star oleh KAMAL SELLEHUDDIN
Nisdawati Nazaruddin dan Mohd Fauzi Mohd Nawawi akhirnya berjaya meraih gelaran juara Sehati Berdansa 2. -foto The Star oleh KAMAL SELLEHUDDIN
Nisdawati Nazaruddin dan Mohd Fauzi Mohd Nawawi akhirnya berjaya meraih gelaran juara Sehati Berdansa 2. -foto The Star oleh KAMAL SELLEHUDDIN

PUTRAJAYA: Bagaikan magis apabila pasangan Nisdawati Nazaruddin dan Mohd Fauzi Mohd Nawawi yang sukar untuk meraih gelaran juara program tarian Sehati Berdansa musim kedua akhirnya membolot kemenangan tersebut tanpa semena-mena malam tadi, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.

Dari aspek persembahan, pasangan Nisdawati atau Lisda, 30, dan Fauzi, 35, memang layak diangkat sebagai juara musim kedua ini.

Ini diakui sendiri oleh juri profesional Linda Jasmin dan Hamzah Tahir kerana mereka senantiasa konsisten dan menunjukkan prestasi yang baik saban minggu malah juri jemputan Anthony Meh Kim Chuan minggu ini ini juga melontarkan pujian kepada Lisda dan Fauzi.

Peratusan yang dicatat mereka 67.8 peratus juga mendahului pasangan Amyza Aznan dan Khairil Izhar Mohd Nazir (32.9 peratus) pada malam tadi seperti yang diumumkan oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul.

Diikutkan, Lisda dan Fauzi kurang meraih markah yang tinggi kerana apabila tiba keputusan undian penuh, pasangan Amyza, 34, dan Khairil, 34, lebih mendahului pasangan Lisda dan Fauzi.

Keputusan tersebut ketara dilihat apabila undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Amyza dan Khairil tinggi saban minggu.

Bagaimanapun, persaingan antara pasangan Lisda dan Fauzi yang mewaklili Rumah Nur Salam mahupun pasangan Amyza dan Khairil yang mewakili Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia, cukup menarik.

Pada acara kemuncak Sehati Berdansa musim kedua ini, pasangan diberikan dua cabaran akhir iaitu persembahan tarian Melayu kontemporari dan Latin.

Pasangan Lisda dan Fauzi dilatih oleh koreografer Ray Redzuan Awang manakala Amyza dan Khairil dibantu oleh Nizam Zakaria.

Juara Sehati Berdansa musim kedua iaitu Lisda dan Fauzi telah mengumpul dana RM15, 000 untuk disalurkan kepada badan kebajikan diwakili mereka.

Dengan kemenangan tersebut, pasangan yang diijabkabulkan pada 9 September 2007 ini berjaya membawa pulang kereta Kia Optima, pakej percutian ke Eropah Tengah untuk dua orang sumbangan Golden Deluxe Travel Service Agency Sdn Bhd, hamper dan trofi Sehati Berdansa sumbangan Astro. Juara koreografer berpeluang bercuti ke Jepun untuk dua orang sumbangan penaja sama, trofi dan hamper sumbangan Astro.

Sementara Amyza dan Khairil pula mengumpul dana RM10,000 untuk badan kebajikan diwakili mereka, hamper dan trofi Sehati Berdansa sumbangan Astro.

Selain dua pasangan tersebut peserta lain yang turut menyertai program realiti ini adalah penyanyi Ani Mayuni atau Aishah An-Nur Osman dan suami, Zairi Azmi, Mohd Ashid Ahmad (Ashed Def Gab C)/Sharifah Noor Shima Syed Masnu, Abdul Jamal Jamaluddin/Noor Faridah Mohd Noor, Mazin Ameen Siraj/Ida Charrunisa P, Sabrina Ali Dad Khan (Sabrina)/Mohamad Shahrin Abdul Halim, Shasha Mohamad Saidin/ Salyo Priyanto Notosoemarsono dan Noraini Morat/Shahril Arsat.

Acara kemuncak Sehati Berdansa musim kedua ini disiarkan secara langsung dari PICC menerusi Astro Ria (saluran 104) pukul 9 malam tadi.

Artikel Lain