SEBAGAI bukti sokongan Astro terhadap pembangunan seni tanahair dan meneruskan lagi kegemilangan serta tradisi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya, saluran Astro Ria (saluran 104) yang terus sinonim dengan penerbitan rancangan realiti nyanyian popular Akademi Fantasia kini membuka lembaran baru bagi tahun 2009 dengan meneruskan misi bagi pencarian juara baru untuk musim ketujuh.Setelah enam musim bersiaran dan berjaya menempatkan kedudukannya tersendiri di hati para peminat seni tanahair, Akademi Fantasia yang masuk musim ketujuh ini (AF7) memberikan kejutan apabila buat pertama kalinya membuka peluang kepada bukan hanya warganegara Malaysia tetapi juga Singapura. Ini mengukuhkan lagi matlamat dan usaha Astro dalam memberikan hiburan terbaik kepada para pelanggannya melalui mutu produksi dan format yang mantap.Elemen pembaharuan ini tidak terhenti di situ apabila AF7 juga turut menjemput golongan artis tidak kira sama ada dari bidang nyanyian mahupun lakonan untuk turut serta menyertai pertandingan nyanyian realiti popular ini."Objektif utama penerbitan Akademi Fantasia pada musim ini adalah untuk memberikan kelainan dalam kandungan tempatan dan format program di samping komitmen kami dalam mencari dan membimbing bakat-bakat baru bagi mewarnai persada seni tempatan."Bersesuaian dengan arus peredaran zaman, beberapa elemen pembaharuan dilakukan bagi memberikan saingan yang lebih sengit di kalangan peserta."Buat pertama kalinya, kami bukan sahaja membuka peluang kepada warganegara Malaysia tetapi juga kepada warganegara Singapura termasuklah golongan artis yang ingin mencuba nasib dalam pertandingan realiti nyanyian popular ini."Walau bagaimanapun, kami hanya memberi peluang kepada golongan artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan."Perubahan elemen kepada syarat kelayakan penyertaan ini juga turut mengalu-alukan penyertaan peserta dari negara jiran iaitu Singapura. Keputusan bagi membuka peluang kepada warganegara Singapura ini dilihat sejajar dengan hasrat saluran Astro Ria yang ingin meluaskan pengaruhnya kepada penonton di Singapura melalui rancangan Akademi Fantasia yang juga boleh ditonton melalui mio TV; milik Singtel."Ini membuka peluang kepada Astro Ria terutamanya Akademi Fantasia untuk meraih sokongan yang meluas dari seluruh warganegara Singapura."Pihak penerbitan dan produksi tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan penjelajahan ujibakat ke empat buah negeri seperti Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak bagi mencari bakal-bakal penyanyi yang berpotensi untuk diketengahkan," ujar Pengurus Saluran Astro Ria Encik Khairul Mizan.Nama-nama seperti Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila dan Stacy adalah nama-nama yang pernah merangkul gelaran juara di sepanjang Akademi Fantasia musim pertama berlangsung hinggalah musim keenam dan telah berjaya menempatkan diri di kalangan artis-artis popular yang berbakat dan mempunyai kualiti yang tersendiri.Sesi ujibakat bagi mencari juara baru yang akan menyertai barisan juara seperti yang disebut akan diadakan di:Kompleks Sukan Bukit Jalil,Kuala Lumpur, 17 - 18 JanThe Zon Regency Hotel, Johor Bahru, 24 - 25 Jan1Borneo South Atrium, Kota Kinabalu, 30 - 31 Jan & 1 FebEnter K Entertainment, Crown Tower, Kuching, 31 Jan & 1 FebKompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur 7 – 8 FebKaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9 pagi hingga 1 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang) dan menyanyi secara 'acapella' lagu-lagu pilhan seperti berikut:Lagu-lagu pilihan untuk peserta wanita:1. No One (Alicia Keys)2. Kalis Rindu (Elyana) 3. Dikir Puteri (Noraniza Idris)4. Karma (Cokelat)5. Tari Silat Melayu (Aishah)Lagu-lagu pilihan untuk peserta lelaki:1. Angan dan Sedar (Mawi)2. You Raise Me UP (Josh Groban)3. Ketelusan Hati (Anuar Zain)4. Hanya Engkau Yang Mampu (Aizat)5. Ada (M.Nasir)