suria

Deepika berpijak di bumi nyata walau hebat dipuji

Deepika juga tidak senang duduk kerana berdebar menanti reaksi peminat tentang filem terbarunya "Chandni Chowk To China" yang baru saja diedarkan di pasaran dunia.
Deepika juga tidak senang duduk kerana berdebar menanti reaksi peminat tentang filem terbarunya
Deepika juga tidak senang duduk kerana berdebar menanti reaksi peminat tentang filem terbarunya "Chandni Chowk To China" yang baru saja diedarkan di pasaran dunia.

MUKA baru Bollywood, Deepika Padukone amat bertuah kerana bakat lakonannya mendapat pujian sejak dari filem pertama lagi.

Deepika juga amat disenangi media dan apa saja yang dilakukannya mendapat liputan meluas.

Aktres berusia 23 tahun ini yang telah menunjukkan mutu lakonan yang tinggi dalam filem pertamanya 'Om Shanti Om' di samping pelakon hebat Shah Rukh Khan dan seterusnya dalam "Bachna Ae Haseeno" dan 'Production No 1'.

Namun jika ditanya bagaimana perasaannya setelah melihat lakonannya kembali, Deepika berkata 'biasa-biasa saja. Tidak ada apa yang istimewa.'

Deepika yang sememangnya bersifat merendah diri, turut menganggap yang dia bukan selebriti.

"Saya tidak pernah rasa seperti seorang bintang. Mungkin disebabkan didikan yang diberikan kepada saya. Ibu dan ayah saya senantiasa mengingatkan saya supaya jangan angkuh dan besar diri.

"Saya ingat semua pesanan mereka. Sebab itu kejayaan tidak akan membuat saya berubah," ujar aktres berlesung pipit ini.

Jelasnya lagi, "Saya telah melihat bagaimana ayah saya (juara badminton dunia) Prakash Padukone mengawal dirinya ketika menempa kejayaan.

"Saya harap saya dapat membuat perkara yang sama sebab saya tahu populariti dan wang bukanlah perkara utama. Yang penting saya perlu seronok apabila saya bekerja," jelasnya.

Kini, Deepika juga tidak senang duduk kerana berdebar menanti reaksi peminat tentang filem terbarunya "Chandni Chowk To China" yang baru saja diedarkan di pasaran dunia.

Di antara mereka yang turut mengagumi lakonan Deepika ialah pasangannya dalam filem itu, iaitu Akshay Kumar.

Dalam filem ini, Deepika yang digandingkan dengan Akshay Kumar diberi watak model bernama Sakhi dan Meow Meow Suzi (kembar) kepada Inspektor Chang tetapi terpisah sejak lahir kerana orang jahat bernama Hojo. Mereka berjumpa semula setelah 20 tahun.

Akshay pula diberi membawa watak Sidhu, penjual sayur di pasar Chadni Chowk, Delhi yang disalah anggap sebagai kelahiran semula panglima Liu Sheng di China.

Walaupun filem aksi berunsur romantik komedi ini diterbitkan oleh Warner Bros Hollywood dan diberi penghormatan dengan tayangan premier di Los Angeles, Toronto, New York dan London, ianya gagal mendapat reaksi positif dari pengkritik filem di India.

Deepika terpaksa membawa dua watak berbeza dalam filem ini - Sakthi, model India dan Meow Meow, jaguh silat terkemuka.

Aktres lemah lembut ini dikehendakki melakonkan aksi lasak bagi filem ini.

"Saya terpaksa berlatih selama 6 bulan dan 8 jam setiap hari. Saya harap semua orang berpuas hati dengan apa yang mereka akan lihat dalam filem ini," jelas Deepika yang pernah digembar-gemburkan mempunyai hubungan intim dengan pemain kriket dunia Yuvraj Singh dan juga pelakon Ranbir Kapoor.

Bagi watak Meow Meow Suzi, Deepika telah dirias supaya kelihatan sedikit oriental terutama di bahagian matanya. Beliau juga telah mempelajari bahasa Cina untuk memberi elemen realistik dalam filem ini.

"Mulanya saya ingat juga beberapa patah perkataan Cina tapi setelah habis penggambaran saya pun lupa balik," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain