suria

Siapa yang bodoh sebenarnya?

Jessica juga telah mengambil kesempatan itu dengan memberi pautan kepada satu artikel wikipedia untuk membuktikan bahawa Sweden juga adalah negara berkecuali.

SIAPA yang bodoh sebenarnya? Apabila dua orang terkenal merasakan andaian yang mereka buat semuanya betul, dan mengutuk dengan panggilan 'bodoh', blog menjadi medan untuk pembelaan diri. Pengacara TV terkenal Bill O'Reilly menganggap Jessica Alba cetek fikiran dan bodoh kerana 'kesilapan fakta'. Aktres jelita itu pula tidak menunggu masa yang lama untuk menghentam balik dalam blognya.

Bintang 'Sin City' itu telah menggunakan MySpace.com untuk mempertahankan dirinya apabila O'Reilly berkata yang Jessica 'terkeliru' ketika menemuramah seorang pemberita ketika majlis pengisytiharan Presiden Amerika baru-baru ini.

Aktres yang baru bergelar ibu muda itu telah bertanyakan pemberita itu apa yang dia paling suka tentang Presiden Amerika namun pemberita itu enggan menjawab.

Lantas, Jessica bersenda, "Tak apa, kalau awak hendak jadi neutral. Jadilah macam Sweden."

Bertolak dari insiden itu, sebuah laman web telah menggelarkannya 'bodoh' dan 'bodoh sombong' kerana telah menggunakan contoh negara Sweden dan bukan Switzerland seperti yang sepatutnya tentang sebuah negara neutral dan berkecuali ketika Perang Dunia Ke II.

O'Reilly yang digelar Jessica "a-hole" pada majlis yang sama, telah berkata aktres itu keliru dan bercelaru kerana kesilapan itu.

Di dalam blognya, Jessica menulis, "Saya rasa cukup sedih di saat kita meraikan majlis penuh kemeriahan dan kemasyuran seseorang penting dalam sejarah negara, ada juga orang yang mengambil kesempatan untuk menggalakkan negativiti dan kebodohan.

"Minggu lepas, Encik Bill O'Reilly dan beberapa orang terpelajar (ditujukan kepada website yang memperbodohkannya) telah menyindir saya kononnya saya bodoh kerana mendakwa Sweden adalah negara yang neutral.

"Saya menghargai pandangan seorang pengacara TV dan semua gosip tentang laporan yang bijaksana tapi masalahnya saya rasa sedih bila bila orang ingat satu-satunya negara berkecuali semasa Perang Dunia ke II hanya Switzerland saja."

Jessica juga telah mengambil kesempatan itu dengan memberi pautan kepada satu artikel wikipedia untuk membuktikan bahawa Sweden juga adalah negara berkecuali.

Secara sinis Jessica berkata,"Saya menghargai gelaran yang diberi kepada saya. Dan teruskan membuat laporan yang 'tepat.'"

Artikel Sebelum

Siapa yang bodoh sebenarnya?

Artikel Berikut

Artikel Lain