Tiga hos Remaja iaitu E’One, Azura dan Deq’ Wan. -foto The Star oleh BRIAN MOHBUKAN mudah untuk sesebuah rancangan bertahan untuk satu tempoh masa yang lama. Namun semuanya berjaya dilakukan oleh satu-satunya program, Remaja, apabila ia mampu bertahan selama 16 tahun di TV3.Dalam meniti usia tersebut program ini telah melalui pelbagai perubahan sama ada dari segi format rancangan atau pengacara bagi memenuhi citarasa penonton setianya. Mula diperkenalkan pada Mei 1993 dengan nama RSB, menjadi rancangan berbentuk majalah untuk tontonan remaja yang pertama dan paling lama bertahan di Malaysia.Sejajar dengan peredaran semasa, program ini telah diubahsuai formatnya dan disesuaikan dengan ciri ’infotainment’ lebih memfokuskan kepada keperluan remja masa kini.Dalam masa yang sama, program ini juga telah memainkan peranan penting dalam menjalankan tanggungjawab sosial khususnya kepada komuniti remaja tempatan.Kini, Remaja sekali lagi mengalami perubahan besar apabila tampil dengan wadah dan wajah baru disamping konsep baru yang sesuai dengan aspirasi dan ’trend’ masa kini.Turut mendapat sentuhan terbaru adalah montaj dan grafik program ini bagi mencipta suasana yang lebih ceria dan bertenaga.Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Sherina Nordin berkata, Remaja musim baru ini menampilkan konsep dan wajah baru mampu mendekatkan jiwa remaja kepada rancangan ini.“Kami juga menampilkan pembaharuan dengan memperkenalkan R-Clix iaitu E’One, Azura dan Deq’ Wan yang akan menceriakan program ini.“Ketiga-tiga hos ini akan membawa penonton mendalami topik yang dibincangkan dimana mereka sendiri akan turun padang mencari bahan, melakukan tugasan sambil mengacarakannya dengan gaya mereka sendiri.“Dengan cara penyampaian sebegini ia akan nampak lebih berkesan. Penonton juga dapat menyaksikan sendiri peningkatan kualiti kandungan program ini sesuai dengan kehendak dan gaya hidup remaja masa kini, kata Sherina.Jelas Sherina, selain daripada itu Remaja juga turut memperkenalkan dua segmen baru yang dikenali sebagai ’Remaja Open-Mic’ dan ’Career @ Remaja’.Melalui segmen ’Remaja Open-Mic’, ia memberi peluang kepada golongan remaja untuk mempamerkan bakat mereka dalam bidang nyanyian.“Memang tidak dapat dinafikan, ramai remaja di luar sana mempunyai bakat dalam bidang muzik dan mempunyai kumpulan muzik tersendiri terutamanya kumpulan muzik indie.Segmen ini merupakan platform kepada mereka untuk mempamerkan muzik mereka sambil berhibur,” ujarnya.Bagi segmen ’Career @ Remaja’ pula ia memberi inspirasi kepada golongan muda tentang kerjaya yang ingin diceburi oleh mereka yang masih tercari-cari kerjaya idaman.Dalam masa yang sama Remaja turut menyelitkan sedikit elemen hiburan, dengan paparan yang mengetengahkan segmen gaya hidup, aktiviti, fesyen, muzik, sukan, isu semasa dan banyak lagi dalam segmen ’Refleksi’, ’Hot’, ’Happening & Stylo, ’Gadgets’, dan ’Buletin’.Di samping itu juga, segmen ’Refleksi’ mengetengahkan topik mengenai aktiviti sosial remaja masa kini meliputi pelbagai aspek termasuklah aktiviti lasak, kem motivasi untuk dikongsi bersama penonton di rumah.Namun, disebalik semua perubahan yang dilakukan oleh pihak TV3 terdengar sesuatu yang tidak enak mengenai isu penukaran pengacara program ini.Semuanya dikatakan terjadi apabila pihak penerbitan menyingkirkan dua pengacara asal Remaja, pelakon Juliana Evans dan penyanyi Aliff OIAM2 sebelum kontrak mereka tamat.Difahamkan kontrak tersebut ditamatkan tanpa sebarang surat dikeluarkan oleh pihak penerbitan. Peluang berjumpa dengan Penerbit Eksekutif Remaja, Azura Abdul Karim baru-bari ini digunakan untuk mendapatkan gambaran sebenar apa yang berlaku.Menurut Azura, Juliana dan Aliff bukan disingkirkan daripada program ini sebaliknya kontrak mereka tamat pada penghujung Disember lalu.”Dengan konsep baru yang diketengahkan kami rasa sudah tiba masanya untuk membuat perubahan secara keseluruhan termasuklah menukar pengacara bagi program ini.“Kelainan yang diketengahkan ini mampu menarik minat lebih ramai penonton kerana mereka ada citarasa tersendiri. Pengacara bukan bertindak sebagai host sahaja malah mereka turut bergelar wartawan yang menyelami dan mendalami apa yang berlaku. Ini akan menimbulkan kesan yang lebih menarik kepada penonton,” kata Azura.Jelasnya, penukaran pengacara ini bukanlah satu kes penyingkiran seperti yang digembar-gemburkan.“Saya tak nampak penukaran pengacara ini sebagai satu kes penyingkiran dan ia tidak perlu dijadikan isu. Ia sepatutnya menjadi ruang untuk memperkenalkan muka-muka baru yang merupakan golongan pelapis kepada bidang pengacaraan di negara ini.“Remaja juga akan merasa bosan jika tiada perubahan yang dilakukan terhadap program ini. Dalam masa yang sama Juliana dan Aliff masih lagi menyumbang idea kepada program ini.Tegasnya, pihak penerbitan tiada langsung niat untuk menyingkirkan mereka, sebaliknya kontrak mereka tamat pada masa yang sama mereka ingin membuat perubahan kepada program tersebut.”Saya juga ingin menyangkal bahawa pihak kami menamatkan kontrak mereka melalui SMS. Ini tidak betul kerana saya sendiri telah menelefon ibu Juliana untuk memberitahu mengenai kontrak tersebut berakhir 31 Disember tahun lepas.“Aliff dan Juliana juga tidak datang untuk conter back mengenai isu ini, saya lihat isu ini yang telah digembar-gemburkan. Bagi satu-satu program tiada yang kekal, pengacara sentiasa berubah tiada pengacara yang kekal pada satu-satu program sampai bila-bila.“Kami memang tiada masalah dengan mereka dan kerjasama yang diberikan sebelum ini juga baik. Cuma kami mahu kriteria dari segi komitmen dan multi-tasking perlu ada dalam diri seorang pengacara Remaja,” tambah Azura.Juliana nafi kontrak tamatSementara itu, Juliana Evans ketika dihubungi mStar Online bagaimanapun menafikan perkara tersebut.Menurutnya kontraknya hanya akan tamat pada April 2009 dan bukannya 31 Disember 2008 seperti yang diperkatakan oleh pihak penerbitan Remaja.“Itu tidak betul. Kontrak saya patut tamat 30 April tahun ini kerana ia sah untuk tempoh satu tahun masa saya tanda tangan kontrak tersebut. Sehingga hari ini tiada sebarang surat dikeluarkan.“Mereka hanya menelefon ibu saya pada pertengahan bulan Disember lalu dan beritahu kontrak saya tidak disambung kerana mereka akan ambil pengacara baru. Mereka tidak ada kata mengenai format baru yang dicadangkan kepada kami dan semasa recording episod terakhir Remaja juga kami tidak diberitahu mengenai penyingkiran ini,” ujar Juliana dalam nada kecewa.Jelasnya, apa yang dikesalkan adalah dia dan Aliff tidak berpeluang mengucapkan selamat tinggal kepada penonton-penonton program Remaja setelah tiga tahun dia menjadi pengacara bagi program tersebut.“Agak mengecewakan kerana tidak dapat ucapkan selamat tinggal kepada penonton setia program Remaja. Tapi yang buat saya betul-betul terkilan adalah saya disingkirkan dengan cara sebegini, krew-krew penerbitan Remaja semua kawan-kawan saya kenapa mereka buat begini kepada kami?.“Tapi tak apa la, saya anggap ini bukan rezeki saya lagi mungkin ada yang lebih baik untuk saya lepas ini. Saya akan tetap memberi sokongan kepada Remaja. Hati saya masih sayang kepada program ini.“Cuma ingin saya tegaskan di sini jangan ambil periuk nasi kami. Saya malas nak perbesarkan isu ini lagi. Biarlah semuanya berakhir, mereka pun kawan-kawan saya juga,” ujar Juliana.