suria

Anil: "Slumdog Millionaire sama seperti cerita saya!"

Aktor Bollywood Anil Kapoor bergambar dengan pengarah 'Slumdog Millionaire' David Boyle sejkurus setelah kemenangan filem itu.
Aktor Bollywood Anil Kapoor bergambar dengan pengarah 'Slumdog Millionaire' David Boyle sejkurus setelah kemenangan filem itu.
Aktor Bollywood Anil Kapoor bergambar dengan pengarah 'Slumdog Millionaire' David Boyle sejkurus setelah kemenangan filem itu.

AKTOR hebat Bollywood Anil Kapoor berkata filem yang sedang diraikan sekarang 'Slumdog Millionaire' persis seperti kisah hidupnya.

"Slumdog…' seperti cerita saya. Saya juga bermula dari bawah. Saya berasal dari keluarga miskin dan bermula dari Chembur (kawasan terpinggir sikit dari Mumbai) dan mula menapak dari situ.

"Malah saya dapat melihat refleksi saya dalam filem itu. Tuhan sangat pemurah dan sayang pada saya," jelas Anil dalam satu temuduga dengan CNN untuk program "My City My Life".

Di dalam program tersebut, pelakon hebat ini telah mula promosi beberapa bahagian di Mumbai, termasuk dengan video klip dan tempat-tempat menarik di Mumbai.

Pada waktu yang sama, Anil tidak melepaskan peluang menceritakan kejayaan yang sedang dikecapi oleh "Slumdog Millionaire", usaha internasionalnya yang pertama.

Anil turut melakonkan watak dalam filem yang diarahkan oleh pengarah David Boyle itu. Filem yang dinobatkan sebagai filem terbaik dan mendapat pengiktirafan luar biasa Hollywood di Anugerah Golden Globes ke 66, filem itu juga mengungguli 10 nominasi di anugerah tersebut.

"Walaupun filem itu mengisahkan cerita cinta tapi ianya dipersembahkan dengan cara yang cukup realistik sekali.

"Malah filem itu tidak langsung ada koreografkan. Ia dibuat secara semulajadi dan hidup sekali. Tidak ada istilah 'dibuat-buat' atau diada-adakan," jelas aktor popular yang mendapat sanjungan kerana lakonannya yang hebat dalam filem “Tezaab” (1988), “Ram Lakhan”, “Mr. India”, “Karma” and “Beta”.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain