Tiga juri yang ditugaskan untuk membimbing dan memberi teguran kepada peserta Raja Lawak musim ketiga.Bukan sahaja penyingkiran Yann membuat Ketua Juri Raja Lawak musim ketiga, Zaibo berasa sangat kecewa tapi kelembapan setiap pelajar memberi persembahan terbaik saban minggu membuat pelawak senior itu rasa cukup 'down.'Zaibo rasa geraf persembahan terlalu sederhana dan lembab jika dilihat sepanjang perjalanan program realiti Raja Lawak musim ini hinggalah ke musim keenam dan tersingkir pula salah seorang peserta wanita Yann "Saya sendiri rasa dukacita dengan peningkatan pelajar yang 'slow' sangat-sangat. Banyak betul kekurangan yang boleh di diperbaiki," kata Zaibo dalam satu temubual melalui telefon sejurus setelah penamaan Yann sebagai pelajar terkeluar.Melalui pengamatan Zaibo, beliau berpendapat setiap peserta belum mampu menguasai teknik menyampaikan lawak dengan berkesan dan idea yang dicurahkan pun tidak menarik dan menyerlah.Prestasi yang menyedihkan ini menyebabkan ramai penonton bagaikan putus harap untuk meneka siapakah juara 'Raja Lawak' pada musim ini. Apa saja kemungkinan boleh berlaku di saat-saat akhir kerana tiada satu pelajarpun yang menonjol.Tidak seperti pada musim lepas, juga pada musim pertama di mana apabila sampai ke musim keenam, penonton sudah boleh mengagak persaingan antara peserta mana.Bimbingan yang diberi oleh juri jemputan seperti Adlin Aman Ramlie, Ahmad Idham dan juga Sabri Yunus seakan tidak terkesan langsung. Semua peserta masih dengan persembahan lama, langsung tidak menampakkan perubahan - tidak ubah seperti mencurahkan air di daun keladi.Perkara penting dalam membuat lawak adalah idea. Peserta masih ketandusan idea dan prestasi mereka nampak lemah sekali sehinggakan persembahan sederhana di kira 'hebat' pada musim ini. Kalau diikutkan, pendedahan peserta kali ini lebih lagi kerana mereka sudah diberi peluang membuat 'public performance' di A Farmosa Resort dan Zoo Negara. Namun pelajar masih bersifat selesa di takuk lama dan beranggapan mereka sudah layak bergelar artis pelawak? "Yang paling ketara, peserta masih terkial-kial untuk menyampaikan lawak mereka secara teratur dan teknik penyampaian juga masih belum dapat dikuasai."Kesannya, sebagai juri saya sendiri tidak puas dengan persembahan mereka," kata Zaibo yang terpilih sebagai juri untuk kali kedua untuk program Gelanggang Raja Lawak yang berlangsung di Studio 1, Astro setiap Jumaat.Menurut Zaibo, untuk menjadi seorang pelawak, tiga perkara asas yang perlu ialah mencari bahan atau idea, menyusun bahan dan bagaimana menyampaikan sesuatu bahan itu."Walaupun pihak penerbitan sudah cuba memberi bimbingan dengan membawa beberapa personaliti ke akademi untuk berkongsi panduan serta tips, rasanya cara ini belum menampakkan kesan lagi tidak seperti musim-musim lalu," jelas Zaibo yang juga terbabit dalam beberapa program masakan untuk tahun ini.Sambungnya lagi, "Nampaknya kita tidak boleh bergantung kepada bakat peserta saja kerana tidak banyak yang dapat dicungkil. Apa yang kita lihat, itu saja yang boleh mereka 'offer.'Zaibo juga sependapat dengan prestasi peserta berkumpulan seperti LnJ, Chot dan Sepah yang dilihat lebih baik sedikit berbanding peserta solo."Secara keseluruhannya, nampaknya macam itulah...," katanya."Tapi silapnya, semua peserta berlumba-lumba untuk mengatasi peserta lain dan cuba mendapat undian SMS sebanyak boleh. Ini salah. Mereka sepatutnya bersaing dengan mereka sendiri. Undian SMS juga terpulang kepada rezeki masing-masing," kata Zaibo.Ditanya siapakah peserta yang paling menyerlah, Zaibo sendiri tidak dapat meneka."Prestasi peserta tidak konsisten. Satu minggu ok, satu minggu lagi entah apa-apa. saya memang menaruh harapan agar satu-satunya peserta wanita, Jihan layak ke peringkat akhir. Tapi undian SMS yang selalunya dari kaum wanita jarang menyebelahi Jihan," kata pelakon teater terkenal itu.Walaupun begitu Zaibo berharap, pengundi bijak memilih kerana tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum Juara 'Raja Lawak' musim ketiga dinobatkan.