suria

Amy Winehouse perang habis-habisan tuntut cerai

Amy Winehouse dan Blake kini membawa haluan sendiri.
Amy Winehouse dan Blake kini membawa haluan sendiri.
Amy Winehouse dan Blake kini membawa haluan sendiri.

SETELAH puas bersabar dan cuba menyelamatkan rumahtangganya yang 'retak menanti belah', penyanyi Amy Winehouse khabarnya akan perang habis-habisan di mahkamah untuk kes penceraian dengan suaminya, Blake Fielder-Civil.

Amy yang terkenal dengan lagu 'Rehab' kini masih bercuti di Caribbean sejak bulan Disember, dan bercadang untuk menamatkan riadahnya dalam beberapa minggu lagi untuk pulang ke UK.

Amy terpaksa pulang ke UK untuk mengurus kes penceraiannya dengan Blake, yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama 27-bulan kerana kesalahan memukul.

Penyanyi 'jengkel' berusia 25 tahun yang selalu dikaitkan dengan kontroversi dan dadah itu, sebelum ini pernah terfikir untuk menawarkan jalan keluar bagi penyelesaian penceraian di luar mahkamah.

Tapi disebabkan Blake tidak mahu beralah dan berbincang dengan cara baik, Amy kini nekad mengarahkan team peguamnya untuk meneruskan urusan penceraian, sekaligus menjadikan penceraiannya kes 'high-profile' dan memalukan Blake, si banduan.

Amy yakin tidak ada mahkamah pun yang akan memberi Blake satu sen.

"Amy sudah tidak tahan sabar lagi. Dia betul-betul keras hati dan ingin penceraiannya diteruskan. Dia mahu kes ini menjadi kes terbesar.

"Lagipun dia sukakan idea mendapat publisiti bila pergi ke mahkamah. Dia mahu semua orang tahu apa yang Blaze telah lakukan kepadanya," kata satu sumber.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain