suria

SRK selamat menjalani surgeri di bahu kanan

SRK dikerumuni media dan peminatnya setibanya di hospital.
SRK dikerumuni media dan peminatnya setibanya di hospital.
SRK dikerumuni media dan peminatnya setibanya di hospital.

PELAKON Bollywood terkenal Shah Rukh Khan selamat menjalani pembedahan di bahu kanannya di Breach Candy Hospital di Selatan Mumbai semalam.

Menurut jurucakap hospital, aktor No 1 Bollywood itu akan dibenarkan keluar beberapa hari lagi.

Beberapa teman rapat seperti Farah Khan, Karan Johar serta keluarga terdekat SRK turut menemaninya di hospital, menurut jurucakap itu.

Sewaktu SRK dimasukkan di hospital dua hari lepas, suasana di luar hospital agak kecoh dengan kelibat aktor ini. Peminat-peminatnya sibuk melambai dan mengambil peluang melihat pelakon itu dari dekat.

SRK memberitahu wartawan yang dia hanya boleh "bekerja semula setelah dua atau tiga bulan selepas pembedahan."

Pelakon yang membintangi filem-filem 'Pardes', 'Veer-Zaara' dan 'Kuch-kuch Hota Hai' itu akhirnya berjaya melalui surgeri arthroscopik bagi kesakitan yang dialaminya sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Pada mulanya, SRK ingin melakukan pembedahan itu di London namun bertukar fikiran dan memilih Mumbai di bawah pakar otopedik terkenal, Sanjay Desai, di Breach Candy Hospital.

SRK terpaksa menangguh pembedahannya beberapa kali kerana terlalu sibuk dengan jadual kerja. Namun kesakitan yang dialaminya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.

Pelakon berusia 43 tahun, yang lebih dikenali dengan nama 'King Khan' mendapat kecederaan di bahunya itu ketika pengambaran filem 'Dulha Mil Gaya' (Saya jumpa pengantin saya) pada bulan Disember.

Begitupun, SRK tetap berdegil dan hanya bersetuju melalui sesi fisioterapi buat sementara waktu kerana tuntutan kerja dan komitmen pengambaran filem Karan Johar "My name Is Khan" di Los Angeles.

Lepas satu, satu filem membuat SRK bertambah sibuk di lokasi pengambaran bermula dengan 'Rab Ne Bana Di Jodi', promosi 'Dulha Mil Gaya' dan kemudiannya 'My Name is Khan.'

Setelah selesai pengambaran filem, bintang terkenal itu disibukkan pula dengan promosi filem keluaran syarikatnya, Red Chillies Entertainment, 'Billu.'

Disebabkan Billu lakonan Irrfan Khan adalah produknya sendiri, SRK terpaksa memberi sepenuh tumpuan kepada filem yang baru diedarkan itu.

Walaupun dinasihatkan oleh doktor untuk melalui pembedahan secepat mungkin, SRK tetap berdegil untuk menyelesaikan promosi 'Billu' terlebih dahulu.

"Meskipun dengan tangan tergantung dan dalam kesakitan, SRK tetap komited menyelesaikan dulu urusan promosi 'Billu'," jelas sumber terdekat aktor itu.

Dan akhirnya setelah kembali dari London untuk promosi filem 'Billu' kelmarin, barulah SRK bersedia untuk pembedahan dan terus masuk ke hospital.

Kali terakhir, SRK melalui pembedahan ialah pada tahun 2003 di London kerana sakit tulang belakang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain