PELUANG untuk menghantarkan borang penyertaan bagi menyertai Astro Kirana Short Film Awards 2008/2009 secara rasminya telah ditutup pada 31 Januari 2009 yang lalu.Pertandingan gilang gemilang yang dianjurkan oleh Astro Kirana dengan kerjasama Tayangan Unggul serta X FM selaku radio rasmi ini diadakan khusus bagi menghargai serta mengiktiraf hasil seni kreatif bakal-bakal pengarah berbakat negara untuk diketengahkan di persada seni perfileman dan pengarahan. Anjuran pada tahun kedua ini ternyata telah menerima sambutan yang menggalakkan dengan mencatatkan peningkatan daripada segi jumlah penyertaan dari seluruh Malaysia.Seperti tahun sudah, penyertaan-penyertaan ini akan dinilai oleh barisan panel juri yang telah dilantik khas bagi menentukan filem pendek yang bakal dicalonkan sebagai finalis sepuluh filem pendek terbaik.Tiga filem pendek terbaik dari senarai itu kemudiannya akan dipilih untuk dinobatkan sebagai yang terbaik.Lima orang juri yang bertanggungjawab dalam pemilihan ini terdiri daripada Gayatri Su-lin Pillai, Osman Ali, Wong Tuck Cheong, Afdlin Shauki dan James Lee.Kriteria pemilihan adalah berdasarkan cerita asal, pengarahan, videografi, suntingan, lakonan, seni pengarahan dan juga penataan bunyi.Ketua Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd, Zainir Aminullah berkata: ”Kami amat berbangga dengan jumlah penyertaan yang amat memberangsangkan pada tahun kedua Astro Kirana Short Film Awards diadakan."Ini membuktikan bahawa terdapat ramai bakat-bakat di luar sana yang sentiasa menanti peluang untuk mengetengahkan hasil karya mereka ke peringkat yang lebih tinggi menerusi platform yang kami sediakan.“Kami berharap dengan pendekatan yang diambil oleh Astro selama ini dalam menyokong industri pembikinan filem dapat menjana inspirasi dan membuka ruang kepada para pengarah tempatan untuk terus menghasilkan karya-karya yang lebih kreatif dan inovatif."Kami akan terus menyokong apa jua usaha untuk menerbitkan hasil karya yang cemerlang dengan menggunakan segala ruang yang ada kerana pembekalan pengisian yang bermutu dan berkualiti tinggi sentiasa menjadi tonggak dalam memberikan yang terbaik kepada para pelanggan Astro."Sepuluh filem pendek yang berjaya terpilih akan diumumkan menerusi laman web di www.astro.com.my/astrokirana.Orang ramai dijemput untuk mengundi filem pendek kegemaran mereka menerusi laman web tersebut bermula pada 20 hingga 26 Februari 2009.Penyertaan yang menerima undian tertinggi akan memenangi Anugerah Pilihan Penonton.Kategori-kategori lain yang dipertandingkan termasuklah Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Suntingan Terbaik, Videografi Terbaik, Cerita Terbaik, Lakonan Terbaik dan juga Pengarahan Terbaik.Sepuluh filem pendek ini bakal berentap dalam pemilihan untuk menentukan filem yang paling layak untuk menerima anugerah utama dan sekaligus membawa pulang hadiah lumayan.Pemenang hadiah utama akan menerima bajet sehingga RM100, 000 untuk pengarahan filem, wang tunai bernilai RM5,000 beserta trofi.Manakala pemenang hadiah kedua pula akan menerima wang tunai bernilai RM3,000 beserta trofi.Pemenang hadiah ketiga pula akan membawa pulang wang tunai bernilai RM2, 000 juga beserta trofi. Astro Kirana Short Film Awards ini telah mengundang semua pengarah filem yang berbakat termasuklah golongan profesional, pembuat filem, pelajar ataupun pengarah sambilan yang berwarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.Mereka yang berminat hanya perlu menghantar borang penyertaan beserta dua salinan karya asli dalam bentuk DVD.Tiada had minimun bagi tempoh durasi tetapi ianya haruslah tidak melebihi 30 minit.Penyertaan telah dibuka bermula 1 November 2008 dan berakhir pada 31 Januari 2009.Jangan lupa menyaksikan siaran tertunda malam penuh berprestij Astro Kirana Short Film Awards 2008/2009 yang akan bersiaran pada 28 Februari 2009 bermula jam 9 malam menerusi Astro Kirana (saluran 122).Siaran ulangan adalah pada 1 Mac 2009 jam 3 petang.Senarai pencalonan Anugerah Filem Pendek Astro Kirana 2008/2009Finalis 10 terbaik1 Eyefinger- Margaret Bong2 Mirror- Christopher Low3 Burp- Tayanithi Ramanujem4 Satu- Zulman Zeki Supardi5 Aku- Shuhaimi Zulkefli6 Qalam- Mohd. Shahrezahadi Koh7 Permata Bonda- Fikri Jermadi8 ”Odoi Odu” (Oh Grandma)- Farizie Bin Morinding9 Kalsom- Sheikh Munasar Abdullah10 Khilaf- Noor Emelly Binti Mohd Saad Senarai pencalonan untuk kategori-kategori lain Penataan Seni Terbaik1 Burp- Tayanithi Ramanujem2 Eyefinger- Margaret Bong3 The Last Supper- Normen J.Arule4 Pauh- Azkee Mohd Yahaya5 Semangat Padi- Fathin Alliza JamalPenataan Bunyi Terbaik1 Michelle- Sia Yaw Yie2 The Last Supper- Normen J.Arule3 Mirror- Christopher Low4 Eyefinger- Margaret Bong5 Burp- Tayanithi RamanujemLakonan Terbaik1 Sinkronis- Jaja Kadir2 “Odoi Odu” (Oh Grandma) - Farizie Bin Morinding3 Wintersweet - Rorn Lew Cheen Khung4 Mirror- Christopher Low5 Permata Bonda- Fikri JermadiVideografi Terbaik1 The Last Supper- Normen J.Arule2 Burp- Tayanithi Ramanujem3 Eyefinger- Margaret Bong4 Mirror- Christopher Low5 Aku- Shuhaimi ZulkefliCerita Terbaik1 ”Odoi Odu” (Oh Grandma)- Farizie Bin Morinding2 Mirror- Christopher Low3 Eyefinger- Margaret Bong4 Aku- Shuhaimi Zulkefli5 Qalam- Mohd. Shahrezahadi KohPengarahan Terbaik1 Qalam- Mohd. Shahrezahadi Koh2 ”Odoi Odu” (Oh Grandma)- Farizie Bin Morinding3 Mirror- Christopher Low4 Eyefinger- Margaret Bong5 Aku- Shuhaimi ZulkefliSuntingan Terbaik1 Qalam- Mohd. Shahrezahadi Koh2 Amin - Cut Mutia bt. Teuku Iskandar3 Machai- Shanjhey Kumar Perumal4 Burp- Tayanithi Ramanujem5 Mirror- Christopher Low