suria

Zero To Hero papar aksi pemanduan lumba kereta Rally

Astro RIA terpanggil untuk menayangkan program realiti TV kereta lumba Rally kerana percaya sukan jenis ini semakin mendapat perhatian umum terutamanya di kalangan para belia.
Astro RIA terpanggil untuk menayangkan program realiti TV kereta lumba Rally kerana percaya sukan jenis ini semakin mendapat perhatian umum terutamanya di kalangan para belia.
Astro RIA terpanggil untuk menayangkan program realiti TV kereta lumba Rally kerana percaya sukan jenis ini semakin mendapat perhatian umum terutamanya di kalangan para belia.

BERSEDIAKAH anda untuk mendengar deruman kereta dan mengikuti aksi-aksi pemanduan lumba kereta Rally di kaca TV anda?

Pencarian bagi mencari juara baru Kejohanan Rally Malaysia kini bermula dan sedia untuk berderum di Astro RIA (saluran 104) pada setiap hari Selasa, jam 10.00 malam bermula 10 March 2009 ini!

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria (saluran 104), Khairul Mizan Shagul: “Di Astro, kami sering akur dengan kehendak para pelanggan yang dahagakan program-program yang terbaik dan lain dari yang lain menerusi salurannya yang pelbagai.

"Sebagai contoh, Astro RIA ternyata berjaya menarik perhatian para penonton melalui program-program realiti berbentuk hiburan seperti Akademi Fantasia dan Sehati Berdansa.

"Program-program ini terbukti berjaya meletakkan kedudukannya yang tersendiri di kalangan para peminat dunia seni hiburan tanahair.

”Terbaru, Astro RIA terpanggil untuk menayangkan program realiti TV kereta lumba Rally kerana percaya sukan jenis ini semakin mendapat perhatian umum terutamanya di kalangan para belia.

"Kami tidak mahu ketinggalan dalam menyuntik semangat kesukanan itu di kalangan para pencinta sukan lumba kereta Rally dan para penonton setia kami.

"Istimewanya program ini ialah apabila kita dapat melihat perkembangan para peserta yang pada asalnya tidak memiliki apa-apa kemahiran asas kecuali memandu kereta sehingga bersedia untuk menyertai sesebuah kejohanan.

"Pelbagai aksi menarik para peserta dapat dilihat dalam usaha untuk memenangi pertandingan ini."

Zero 2 Hero akan mengikuti perkembangan para peserta meningkatkan kemahiran memandu dan mencari arah serta pengetahuan teknikal ke satu tahap yang lebih meyakinkan sehingga mereka bersedia untuk bertanding di Kejohanan Rally Malaysia 2009.

Lima belas pasukan yang terdiri daripada seorang pemandu dan seorang pembantu pemandu yang datang dari pelbagai latar belakang telah dipilih bagi mengikuti bengkel teori serta latihan praktikal yang telah ditetapkan.

Pertandingan ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur di antara 18 hingga 30 tahun dan perlu lesen memandu yang sah.

Mereka yang pernah memiliki lesen berlumba tidak dibenarkan masuk.

Program realiti TV kereta lumba Rally; Zero 2 Hero sebanyak 5 episod ini tidak mengamalkan sistem penyingkiran pada setiap minggu tetapi sebaliknya setiap pasukan dikehendaki untuk mengumpul markah tertinggi.

Pasukan yang mengumpul markah tertinggi di pusingan keenam Kejohanan Rally Malaysia 2008 akan memperoleh kemenangan dan keputusannya bakal diumumkan di episod terakhir nanti.

Hadiah utama yang menanti juara ialah sebuah kereta Rally jenama Proton yang telah diubahsuai untuk bertanding dalm Kejohanan Rally Malaysia 2009.

Barisan juri yang akan mengadili program ini terdiri daripada Pengarah Urusan Wheel Sport Management (WSM), Raja Nor Mazli Raja Tun Mohar serta Pengarah dan Pengasas Wheel Sport Management (WSM), Tengku Shaharin Abu Bakar Almarhum Tengku Suleiman.

Ahmad Razman Mustafa, jurulatih kanan bersama Automobile Association of Malaysia (AAM) pula akan bertindak selaku ketua jurulatih di sepanjang program.

Pada setiap episod, pemandu-pemandu dan bekas pemandu yang pernah bertanding dalam Kejohanan Rally Malaysia akan memberi nasihat dan berkongsi pengalaman kepada para peserta secara bergilir-gilir.

Pastikan temujanji anda menonton program realiti TV kereta lumba Rally; Zero 2 Hero pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 10 March 2009. Eksklusif di Astro RIA (saluran 104).

Artikel Lain