Ketampanan George Clooney pernah membuat dia terpilih sebagai 'Lelaki Seksi' sebanyak dua kali berturut-turut.AKTOR kacak George Clooney terlalu kerap berkunjung ke Washington D.C. sehingga timbul cakap-cakap dia akan berpindah terus tinggal di sana.Namun ayahnya, Nick berkata, janganlah mimpi anaknya akan menjadi penduduk tetap di Washington kerana itu tidak mungkin terjadi. Nick membuat kenyataan itu ketika ditemubual untuk satu pelancaran podcast baru-baru ini.Nick adalah seorang wartawan, TV hos yang terkenal dan pernah menjadi ahli politik setelah dilantik menjadi ahli kongres pada tahun 1994. Beliau juga adalah wartawan resident di Universiti Amerika.Populariti George hari ini adalah atas dorongan ayahnya, Nick dan juga ibu saudaranya penyanyi Rosemary Clooney.Dari kecil lagi, George sudah tahu bagaimana hendak mengelolakan populariti dan kemasyuran seandainya dia terkenal nanti.Ternyata impian itu jadi kenyataan.Tapi setelah mengecapi semua populariti, Clooney, yang berstatus duda setelah bercerai dengan aktres Talia Balsam, tidak begitu kisah tentang populariti."Yang penting hidup mesti bahagia dan tidak perlu menyusahkan diri untuk mendapatkan sesuatu," kata aktor berusia 47 tahun ini yang mendapat anugerah Oskar untuk lakonan dan pengarahannya dalam filem 'Good Night and Good Luck'.Nama Clooney mula melonjak setelah dia membintangi drama komedi 'Roseanne' sebagai Booker Brooks dan juga watak Dr Doug Ross dalam siri TV medikal, 'E.R'.