suria

Aniston bayar 40,000 paun untuk upah dandanan rambut saja?

Bekas bintang siri 'Friends' Jennifer Aniston menghabiskan wangnya sehingga hampir 40,000 pound untuk mendapatkan potongan rambut baru dan servis dari pendandan rambutnya.

SANGGUPKAH anda membayar sehingga 40 ribu paun untuk membayar servis pendandan rambut anda?

Bekas bintang siri 'Friends' Jennifer Aniston menghabiskan wangnya sehingga hampir 40,000 paun untuk mendapatkan potongan rambut baru dan servis dari pendandan rambutnya.

Aniston telah mempelawa pendandan rambutnya, Chris McMillan untuk bersamanya selama seminggu di Eropah.

Chris telah menaiki pesawat bersama Aniston dari Los Angeles ke London dan duduk di kelas pertama yang berharga 14,400 paun.

McMillan juga telah dilayan dengan layanan VIP dan ditempatkan di beberapa hotel selama tujuh hari dengan anggaran perbelanjaan sebanyak 10,000 paun.

Beliau juga telah mengenakan caj sebanyak 1,500 paun sehari untuk khidmat kepakarannya. Semua ini menjadikan bil upah dandanan sahaja meningkat sekelip mata hingga 10,500 paun.

Walau apapun, Aniston sangat sukakan stail yang disyorkan oleh McMillan.

"Saya pernah cuba Botox sekali tapi ianya tidak elok untuk saya. Ia seolah-olah ada bebanan ke atas kepala saya.

"Dan saya rasa ia sebenarnya membuat wanita kelihatan lebih tua. Kemanisan wajah juga akan hilang. Anda lihat seorang wanita dan anda tahu dia sudah tua tapi tidak tahu berapa tua. Itu yang membuat saya berhenti menggunakan botox."

Artikel Lain