suria

Akshay hanya kawan baik saya, kata Katrina

Ramai yang ingat Katrina bernasib baik kerana dianugerahkan paras yang jelita dan ini memudahkannya mendapat apa saja yang dia mahukan.

AKTRES Bollywood sememangnya cukup intim dengan buah hatinya Salman Khan walaupun sampai saat ini dia hanya berkata mereka berkawan rapat.

Selain Salman, Katrina juga turut berkawan baik dengan aktor Akshay Kumar.

"Ya, memang saya tidka nafikan saya berkawan rapat dengan Akshay. Kami agak rapat tapi jangan salah sangka, persahabatan kami bukanlah seperti yang saya pernah alami semasa di kolej, "jelas Katrina yang juga mengaku sahabatnya yang paling akrab ialah pengurusnya sendiri.

Tambahnya, "Saya belajar banyak perkara dari Akshay. Salah satu ialah dedikasi. Dia mengajar saya bagaimana untuk fokus dan tumpukan sepenuh dedikasi kepada lakonan saya. Akshay memberi perangsang supaya saya bekerja keras kalau ingin menjadi aktres terbaik."

Ramai yang ingat Katrina bernasib baik kerana dianugerahkan paras yang jelita dan ini memudahkannya mendapat apa saja yang dia mahukan.

"Itu tidak benar. Sebenarnya saya percaya akan doa. Saya selalu berdoa dan bekerja keras. Kedua-duanya sama penting. Skrip yang bagus dan pengarah yang berkaliber juga banyak membantu sesebuah filem itu berjaya atau tidak," kata aktres kacukan yang dilahirkan di Hong Kong ini.

Artikel Lain