Hrithik seronok berlakon di dalam filem epik.AKTOR Hrithik Roshan terpaksa melupakan hasratnya untuk menghadiri Filmfare Award baru-baru ini apabila di saat-saat akhir, ibunya jatuh sakit.Walaupun dia dan ayahnya, pengarah Roshan telah bersiap sedia namun bila ibunya tidak sihat, Roshan melupakan saja niatnya itu. Sedikitpun beliau tidak menjangka, filem yang dilakonkannya 'Jodha Akbar' di samping Aishwarya Rai telah membawa tuah kepadanya apabila dia dipilih sebagai Aktor Terbaik menerusi filem tersebut."Filem epik itu merupakan yang pertama buat saya. Saya sukakan jalan ceritanya dan tambahan pula ia berdasarkan fakta sejarah membuat saya begitu seronok melakonkannya. Selepas melakonkan filem itu, saya ditawarkan untuk sebuah lagi filem epik," kata Hrithik.Menurutnya lagi, usianya yang menjangkau 30 tahun membuatnya lebih berhati-hati memilih watak yang sesuai untuk dilakonkan."Saya kena berhati-hati memilih watak sekarang. Lagipun usia saya pun dah nak masuk 30," kata aktor yang peramah ini.