Gelaran 'The Rock' biasa digunakan oleh Johnson dalam arena gusti WWE wrestling satu ketika dulu.JANGAN panggil saya "The Rock' lagi, kata pelakon Dwayne Johnson. Walaupun nama" The Rock " itu begitu sinonim dengannya, Johnson inginkan imej baru kini.Disebabkan nama itu jugalah, nama Johnson begitu dikenali dalam arena gusti WWE wrestling satu ketika dulu. Kini tumpuan aktor berbadan sasa ini bukan untuk mencipta nama dalam arena gusti lagi tetapi untuk memecah box office."Saya suka bidang lakonan dan agak lama saya tidak melakonkan watak yang menggunakan aksi fizikal Jadi saya agak teurja bila diberi peluang berlakon dalam filem, "The Race to Witch Mountain." Rasa lama betul saya tak tendnag orang," kata Dwayne berjenaka. Sewaktu dia berlakon dalam filem-filem lasak seperti "The Scorpion King," "The Rundown," dan "Doom," Johnson masih selesa dengan panggilan 'The Rock'.Lagipun pada ketika itu, superstar gusti begitu dikagumi bukan sahaja kerana kekuatan fizikalnya tetapi kerana dia juga pandai berlakon.Johnson meneroka bidang lakonan dengan variasikan watak-watak dalam filem-filem berikutnya sehinggalah menjadi hos bagi"Saturday Night Live" pada tahun 2000 dan 2002. Beliau juga berjaya menunjukkan versatilinya dengan membawa watak dalam filem "The Game Plan" dan "Witch Mountain.""Saya sukakan semua jenis filem tidak kira yang dibuat khas untuk seisi keluarga atau filem lasak," jelas Johnson yang mengaku dia sebenarnya seorang yang lembut hati dan mudah menangis.Sambungnya, "Saya sukakan filem yang buat saya rasa gembira. Kalau yang sedih tu, saya tidak berapa selesa..." Dan filem terakhir yang ditontonnya yang membuat dia menangis ialah "The Wrestler."