Keremajaan Madonna cukup mempersonakan Jesus Luz yang 28 tahun lebih muda darinya.KEJELITAAN dan keremajaan yang dimilikki Ratu Pop Madonna amat dikagumi oleh kekasihnya Jesus Luz yang muda belia.Model kelahiran Brazil itu tampak begitu asyik dengan cintanya terhadap Madonna. Kata Luz, wajah, susuk tubuh dan keremajaan Madonna persis wanita berusia 30 tahun. Luz menyatakan ini kepada bekas teman wanitanya, Catharina Franca.Luz, yang berusia 22 tahun itu, baru-baru ini telah memeranjatkan ahli keluarga dan teman-temannya apabila memberitahu hasratnya untuk mengahwini Madonna, 28 tahun lebih tua darinya.Luz juga berkata, dia mungkin akan mengambil anak-anak Madonna jadi anak angkatnya.Dia memberitahu Catharina, "Madonna mempunyai badan yang cantik, seksi, seorang yang pemurah dan seorang ibu yang hebat.""Perbezaan umur antara kami tidak ada apa-apa. Madonna juga ada personaliti yang remaja. Saya cintakannya dan saya tidak ada masalah dengannya," kata Luz.Catharina, 18, juga menafikan yang Luz berpacaran dengan Madonna hanya kerana publisiti murahan."Dia benar-benar cintakan Madonna. Bukan kerana nama atau harta. Luz sayangkan Madonna. Mereka punya banyak persamaan."Luz amat menitikberatkan fizikal yang sempurna. Seandainya Madonna berwajah seperti seorang wanita berusia 50 tahun, kemungkinan Luz tidak akan melihatnya langsung," kata Catharina.