suria

Akibat cuai, Lindsay kemalangan lagi

Lohan mengundang banyak kontroversi ekoran cuai memandu.
Lohan mengundang banyak kontroversi ekoran cuai memandu.
Lohan mengundang banyak kontroversi ekoran cuai memandu.

PELAKON terkenal Hollywood, Lindsay Lohan tidak habis-habis terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kemalangan terbarunya adalah kali ketiga dalam tempoh kurang daripada tiga minggu!

The Daily Express melaporkan, bintang The Mean Girls itu melanggar kereta baru jenama Maserati miliknya dengan sebuah kereta Subaru. Akibatnya, bumper depan bahagian kiri keretanya rosak.

Sebelum itu, kereta Mercedes yang dipandunya terlanggar tiang pintu pagar di luar rumah Jack Nicholson di Hollywood Hill ketika cuba melarikan diri daripada paparazzi.

Beberapa hari kemudian (16 Mac 2009), pemandu keretanya pula terlanggar pintu semasa menemani bintang itu balik ke rumah selepas bersantai di Sky Bar, Los Angeles.

Lohan kini menjalani tempoh percubaan lesen memandu selama tiga tahun berkaitan dengan sabitan memandu di bawah pengaruh alkohol pada 2007.

Artikel Lain