Setelah lapan tahun berkasih, Diana dan Zamarul akan melangsungkan perkahwinan pada 16 Mei iniPETALING JAYA: Setelah lapan tahun menyulam cinta, pelakon Diana Rafar, 27, dan aktor Zamarul Hisham, 38, akhirnya sepakat untuk melangsungkan pernikahan mereka pada 16 Mei depan.Dalam nada ceria, Diana yang dihubungi hari ini mengakui dia dan Zamarul nekad memilih tarikh tersebut setelah berbincang tentang perkara itu pada bulan Februari lalu. "Alhamdulillah, lapan tahun kami bercinta dan pelbagai onak ranjau dilalui, akhirnya kami bakal berkahwin juga."Saya minta maaf kerana tidak mendedahkan perkara ini awal-awal kerana kalau boleh memang kami tidak mahu besar-besarkan sangat tentang perkahwinan kami."Lagipun, kami hanya buat majlis yang sederhana dan kalau boleh tidak mahu ada pihak yang ingin menaja majlis kami nanti. Zamarul sendiri lebih suka uruskan sendiri perkahwinan kami ini," kata adik kepada pelakon dan penyanyi Linda Rafar ini.Pasangan selebriti ini akan dinikahkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam di sebelah pagi manakala majlis persandingan pula akan diadakan di rumah keluarga Diana sendiri, di Bourgainvilla Garden, Shah Alam pada sebelah malam.Resepsi di sebelah pihak lelaki pula akan diadakan di Bangi, Selangor pada 23 Mei.Menurut Diana, 70 peratus persiapan telah pun siap dan pasangan itu akan mula mengedarkan kad jemputan perkahwinan mereka dalam masa terdekat ini.Mengulas lanjut tentang majlis bersejarah mereka itu, kata Diana, dia dan Zamarul telah memilih konsep perkahwinan dalam taman atau 'garden wedding'."Sebenarnya, Zamarul yang mahukan konsep seperti ini. Saya tidak kisah dan hanya menuruti saja. Buat masa ini, kami turut dibantu oleh 'wedding planner' kami iaitu NSC Ideas."Persiapan lain seperti baju pengantin juga sudah dibuat. Pereka fesyen Shahril Nordin yang akan menguruskan rekaan baju manakala kami turut menggunakan khidmat katering dari Kuzie Catering."Pening juga sebenarnya memikirkan persiapan," kata Diana yang bakal menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas sembilan.Pelakon ini bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah wang hantaran.Ditanya sama ada dia sendiri sudah bersedia meninggalkan status solo dan bergelar isteri, tutur Diana, dia yakin jodohnya sudah tiba dan akan cuba menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin sebagai isteri."Kalau ikutkan, saya ingin kahwin pada usia 30 tahun. Tapi, nampaknya seru dah sampai. Dan saya gembira bila percintaan kami ini berakhir dengan perkahwinan," kata Diana yang sibuk menguruskan pusat kecantikan miliknya, D'Lugano Spa.