suria

Shilpa: Saya bukan perosak rumah tangga

Shilpa memulakan hubungan dengan tunangnya, Raj Kundra hanya selepas tunangnya bercerai.
Shilpa memulakan hubungan dengan tunangnya, Raj Kundra hanya selepas tunangnya bercerai.
Shilpa memulakan hubungan dengan tunangnya, Raj Kundra hanya selepas tunangnya bercerai.

PELAKON Bollywood, Shilpa Shetty menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dia adalah 'perosak rumahtangga'.

Tegasnya, dia memulakan hubungan dengan tunangnya, Raj Kundra hanya selepas tunangnya itu bercerai.

Shilpa, 33, menjadi terkenal di Britain apabila dia muncul bersama-sama bintang realiti televisyen British, mendiang Jade Goody dalam Celebrity Big Brother dan memenangi siri tersebut.

Dia bertemu dengan jutawan Kundra, 34, tidak lama selepas itu.

Kundra telah berpisah apabila dia menemui Shilpa. Malah bekas isterinya, Kavita secara terbuka mendakwa pelakon itu merupakan punca rumahtangganya binasa.

"Ia sebenarnya menyebabkan saya lemah secara fizikal. Untuk dipanggil sebagai perosak rumahtangga ialah suatu yang paling teruk sekali.

"Perkara ini memalukan ibubapa saya, dan saya berasa cukup sedih," menurut laporan sebuah akhbar.

"Secara ikhlas, saya fikir saya jatuh cinta dengan Raj sejak hari pertama tetapi saya pula berada di dalam penafian," katanya sambil menambah perhubungannya tidak lebih daripada persahabatan sehingga Raj bercerai.

Pasangan tersebut baru-baru ini membeli rumah besar yang bernilai RM7 juta dan mempunyai tujuh bilik tidur. Ia dinamakan sebagai Raj Mahal di Weybridge, Surrey.

Pasangan itu merancang untuk berkahwin pada Oktober, dan Shilpa berkata, beliau kepingin untuk membina keluarga.

"Saya teringin sekali membina keluarga. Saya sangat menyayangi kanak-kanak dan kami mempunyai bilik tidur kanak-kanak yang cantik (di rumah baru). Saya ingin mempunyai sekurang-kurangnya dua orang anak.

"Terdapat satu bilik tidur kanak-kanak kerana Raj mempunyai seorang sepupu dan saya ingin melihat kanak-kanak berlari-lari di sekitar kawasan ini.

"Ruang rumah mencukupi untuk kami semua di satu hujung dan ibubapa Raja tinggal di hujung yang lain. Dalam budaya India, anda hidup dalam keluarga luas dan rumah ini sesuai untuk tujuan tersebut," tambahnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain