Britney dilihat benar-benar menyukai penarinya, Chase BenzBINTANG pop Britney Spears nampaknya bermain cinta pula dengan salah seorang penari latar yang terlibat dalam siri konsertnya.Penyanyi berusia 27 tahun itu dilaporkan sering keluar 'dating' bersama Chase Benz, 21. "Britney amat menyukai Benz. Dia benar-benar berminat dengan jejaka itu," kata sumber.Benz yang pernah menjadi penari latar kepada Madonna dan Mariah Carey bukanlah penari pertama yang mempunyai hubungan istimewa dengan Britney.Malah, penyanyi itu berkenalan dengan bekas suaminya, Kevin Federline juga menerusi siri konsertnya sebelum ini yang mana Feverline adalah penari latarnya ketika itu.