MODEL bersuara lantang Janice Dickinson kembali untuk musim ke-3 bersama agensi terbarunya.The Janice Dickinson Modeling Agency akan mula disiarkan pada 3 April, setiap Jumaat, pukul 10.30 malam hanya di 8TV. Diilhamkan oleh Janice sendiri, program realiti ini memaparkan kehidupan seharian seorang model dan aktiviti Janice sendiri dalam mengendalikan agensi beliau.Pengalaman selama lebih 30 tahun dalam bidang fesyen memberi idea kepada Janice untuk berkongsi pengalamannya dengan muka-muka baru yang mahu menjadi model terkemuka.“Program ini banyak membuka mata kita tentang kehidupan sebenar seorang model. Pahit jerih kerjaya sebagai model yang selalunya dianggap manis oleh masyarakat sebenarnya tidak seindah yang dijangka.“Janice banyak berhadapan dengan cabaran dan beberapa masalah untuk musim ini. Beliau terpaksa mengejar masa untuk bertemu dengan klien dan rakan kongsi untuk memastikan agensi beliau sentiasa memberikan khidmat yang terbaik!” komen Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim.Selain Janice, program ini turut menampilkan Peter Hamm sebagai rakan kongsi di dalam Janice Dickinson Modeling Agency.Dalam musim terbaru Janice Dickinson Modeling Agency, menunjukkan bagaimana beberapa orang model yang berjaya menempa nama melalui agensi Janice banyak menerima kerja-kerja peragaan, dan nama mereka meningkat naik dalam industri peragaan.Walau bagaimanapun dari sehari ke sehari semakin ramai yang meninggalkan agensi Janice dengan alasan mereka tidak dapat bekerjasama dengan baik dengan rakan kongsi Janice.Walaupun agensinya penuh liku, Janice tetap positif dan meneruskan usaha memperbesarkan lagi agensinya dengan melancarkan bahagian Latin. Beliau fokus dengan menumpukan taktik mencari klien serta peragawan dan peragawati Latin terbaik. Melalui idea dan strategi yang lain dari yang lain ini telah menjadikan industri peragaan fesyen kelam kabut dan itulah sebenarnya yang diimpikan oleh Janice.Manakala, Sorin, peragawan yang telah di buang dari barisan model pilihan pada musim pertama kembali pada musim ini dengan menjadi pengawal peribadi kepada Janice.Antara muka-muka baru yang mewarnai Janice Dickinson Modeling Agency pada musim ini ialah CC Fontana dari Long Island, New York, Christian Prelle, Danny Nunez dari La Crescenta, California, Daria Lukonia dari Nizhniy, Novgorod, Dominique Sharpe dari Los Angeles, California, Joe Monbleau dari Rota, Spain, Maria Bernaldez dari Reno, Nevada, Michael Anderson dari Flint, Michigan, Nadia Alexandria dari Moscow, Russia, Paul Anderson dari Orlando, Florida, Payton Brady dari North Carolina, Rodrigo De Carli dari West Hollywood, California dan Shaun McCarron dari New Orleans, Los Angeles.Jangan ketingglan untuk menonton Janice Dickinson Modeling Agency (Musim ke-3) setiap Jumaat jam 10.30 malam bermula 3 April 2009. Anda juga boleh menonton 8TV melalui saluran 708 Astro.Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!