Spears tidak tahan asap rokok dan marijuanaBRITNEY Spears meninggalkan konsertnya yang menghimpunkan seramai 18,000 peminat di GM Place secara terburu-buru ekoran masalah pengudaraan.Diva pop itu baru memulakan persembahannya kira-kira 15 minit lalu selepas terhidu asap rokok dan marijuana. Selepas Spears meninggalkan pentas, para penganjur mengumumkan adalah `tidak selesa dan selamat untuk Ms. Spears dan penghibur lain' untuk meneruskan persembahan disebabkan oleh asap rokok dan marijuana."Tetapi persembahan ini akan diteruskan selepas persekitaran pentas bebas daripada asap," kata penganjur sambil memberikan jaminan kepada kumpulan peminat di GM Place.Ketika menunggu, para penonton meneriakkan namanya (Spears) berulang-ulang dan meminta diva pop itu meneruskan persembahannya.Akhirnya, Spears kembali ke pentas untuk membuat persembahan selama sejam lagi tetapi dia merayu mereka tidak merokok.Bagaimanapun, penganjur menjelaskan, tiada isu keselamatan yang timbul di tempat tersebut dan menganggapnya berpunca daripada masalah pengudaraan.