suria

Ajai: Model itu nak ambil kesempatan tumpang populariti

Ajai pernah dilaporkan akan berkahwin dengan Liza tahun ini
Ajai pernah dilaporkan akan berkahwin dengan Liza tahun ini
Ajai pernah dilaporkan akan berkahwin dengan Liza tahun ini

SEJAK dulu hingga sekarang, siapa yang tidak kenal Mohd. Faizal Maas atau Ajai, seorang komposer dan penyanyi terkenal.

Sewaktu dia masih bergelar suami kepada penyanyi Nurul satu ketika dahulu, mereka pernah mendapat jolokan pasangan duet suami isteri popular.

Antara lagu yang menaikkan nama pasangan ini adalah Serasi, dan nyanyian semula lagu Seiring dan Sejalan.

Sejak krisis rumah tangga melanda Ajai dan Nurul, pelbagai cerita mengenai mereka mula tersebar pantas di ruangan media.

Cerita hubungan cinta antara Ajai dengan bekas Ketua Pengurusan Artis dan Bakat, Maestro Talent & Management (Maestro) Norliza Ilias tidak lagi menjadi rahsia.

Pasangan ini dikhabarkan bakal menaiki jinjang pelamin namun sehingga sekarang kedua-duanya masih belum mengumumkan tarikh keramat itu.

Malah semakin lambat mereka disatukan, semakin banyak dugaan melanda.

Terbaru, seorang model dan pelakon cantik mengaku Ajai pernah menjadi kekasihnya.

Malah, dia juga mendedahkan hubungan cintanya dengan Ajai.

Menurut laporan sebuah akhbar, wanita itu bernama Sharifah Nor Idayu Syed Abdul Rahman Raden Al-Yahya, 22, atau Ayu, seorang model dan pelakon baru.

Ketika meminta Ajai memberikan komen tentang pengakuan Ayu, dia bagaimanapun menafikan semua cerita itu.

"Saya anggap cerita ini sebagai sebahagian hal peribadi.

"Ia berlaku sebab ada pihak (wanita itu) nak ambil kesempatan untuk tumpang populariti," kata Ajai.

Jelas Ajai, dia menganggap perkara itu sebagai suatu yang normal.

"Sebagai seorang public figure, ramai yang nak berkenalan dengan saya. Dia dah tahu hubungan saya dengan Liza. Pelik juga," ujarnya.

Ditanya mengenai dakwaan dia pernah mengucapkan kata rindu dan sayang terhadap Ayu, Ajai berkata dia tak terfikir tentang hal itu.

"I don't think so. It's a part of private and confidental.

"Even semasa cerai pun saya kurang beri apa-apa komen.

"Selagi ia tak jejaskan maruah saya tak apa. Ini kerana saya tidak melanggar undang-undang.

"Kita hanya berkawan. Saya tekankan perkataan 'kawan'. Saya tak buat salah. Setakat ini saya rasa tiada masalah dengan sesiapa," jelas Ajai.

Ajai juga menafikan dia pernah membuat panggilan video atau MMS dengan Ayu.

"I have no comment kerana terlalu peribadi, tetapi tidak pernah. Saya nak nyatakan jangan ambil advantage dengan publisiti murahan.

"Publisiti akan datang jika seseorang itu ada karier," kata Ajai yang kali terakhir berhubung dengan Ayu adalah pada tahun lepas.

Artikel Lain