Azizah melakonkan watak Mira dalam Mana Setangginya. -foto The Star oleh AHMAD IZZRAFIQMELIHAT susuk badan aktres Azizah Mahzan yang nampak kurus sedikit menimbulkan pelbagai telahan.Mungkinkah Azizah menjadi begitu dek kerana kontroversi yang melanda dirinya dengan Zaefrul sebelum ini? Ditanya kepada wanita yang mempunyai berat badan 53kg ini, Azizah berkata dia sedang berusaha menurunkan berat badannya bagi memudahkan dirinya 'digantung'.Itu merupakan babak yang perlu dilakukannya di dalam teater terbaru lakonannya, Mana Setangginya."Saya tidak berdendam dan marah sesiapa kerana saya menganggap kontroversi dengan Zaefrul sebagai dugaan."Biar yang Maha Berkuasa yang tentukan. Alhamdulillah, rezeki saya makin lama makin murah dan mendapat karektor yang saya nak (dalam Mana Setangginya)."Sekarang, saya kena kuruskan badan lagi kerana nak kena gantung dalam teater ni."Buat masa ini, berat saya 53kg. Jadi saya nak kurangkan lagi supaya ringan sikit sebelum digantung. Saya juga membuat latihan untuk fizikal dan menjaga masa tidur,” kata Azizah ketika sidang media teater Mana Setangginya di Istana Budaya (IB), semalam.Selain Azizah, barisan pelakon utama lain adalah Sabrina Ali Dad Khan, Tony Eusoff, Azman Abu Bakar, Shaharuddin Thamby, Mohd Nor Fatih Moktar, Rudy De Luna Jr, dan Iqbal Taufik.Kata Azizah, dia memang sudah lama mengidam untuk berlakon dalam teater karya Datuk Noordin Hassan itu.Naskhah itu sudah diperap hampir 10 tahun lalu dan sepatutnya dipentaskan semasa pembukaan Istana Budaya pada September 1999.Azizah yang waktu itu diberikan watak yang sama, Mira, bagaikan tidak percaya apabila teater itu akhirnya dipentaskan jua.“Saya rasa agak sensitif untuk menceritakan apa yang berlaku dulu tetapi saya anggap mungkin masa itu belum rezeki kami untuk mementaskan Mana Setangginya.“Karya itu mempunyai ‘sesuatu’ dan menyentuh tentang isu berat yang mempunyai penerimaan berbeza pada waktu itu. Kita juga boleh katakan naskhah ini tidak sesuai dipentaskan waktu itu kerana bagi saya ceritanya seolah-olah menggambarkan tentang kehidupan zaman Nabi Lut.“Tetapi bukan bermakna saya katakan yang orang masa 10 tahun lalu tak bijak,” jelasnya.Azizah merasakan mungkin selepas IB mementaskan banyak teater bercorak antarabangsa, baru sikap terbuka itu diterima oleh banyak pihak.“Misalnya pada 2003, teater Muzikal Puteri Hang Li Po dilihat agak ‘superb’ dan ‘amazing’ selain merupakan teater pertama menggunakan dua bahasa iaitu dalam bahasa Mandarin dan bahasa Melayu.“Kini, bangsa lain boleh menerima teater kita yang bukan hanya sekadar menonton malah turut mengambilnya sebagai pengajaran.“Saya rasa, kini masa untuk pentaskan karya Datuk Noordin sudah sampai. Insya-Allah, ia akan dapat diterima.“Apa yang boleh dikatakan, saya berasa gembira kerana terlibat dalam teater ini,” luah pelakon drama Segalanya Ku Terima dan Cinta Gila yang sedang bersiaran di televisyen sekarang ini.Mungkin juga ia ibarat hikmah buat Azizah kerana dia tidak menganggap Mana Setangginya sudah 'busuk' apabila diperap terlalu lama tetapi lebih ‘umph’.“Saya sangat suka untuk melakukannya dan tidak tahu mengapa. Mungkin sebab ia boleh dibuat dari berbagai ‘angle’ dan merupakan satu karya yang tiada ‘time zone’. Ia juga adalah karya ‘immortal’...,” akhirinya.Azizah melakonkan watak Mira iaitu seorang pendita dan anak raja.“Mira merupakan seorang pendatang yang memberi ‘cahaya’ dan menyebarkan apa yang dia percaya. Sebab itu saya memegang lampu,” katanya yang telah melakonkan lebih 10 buah teater.Antaranya adalah ‘Kipas Tangan’ karya Yukio Mishima, ‘Si Bereng-Bereng’ dan ‘Kena Main’ (Khalid Salleh), ‘Mencari Salina’ (Erma Fatima), ‘Cindai’ (Rohani Yousoff), ‘Lantai T. Pinkie’ (Rosminah Tahir), ‘Muzikal Hang Li Po’ (Rosminah Tahir) dan ‘Muzikal Mahsuri’(Fauziah Nawi).Azizah juga aktif berlakon drama dan filem namun dia tetap suka berlakon teater.Menurutnya, berlakon teater lebih ‘menyeluruh dan halus kerana ia menggunakan ruang yang luas untuk pelakon mengenali diri sendiri serta menjentik minda.Selepas Mana Setangginya, Azizah akan berlakon dalam drama Hanya Tuhan Yang Tahu di mana dia turut teruja untuk berlakon dalam drama itu kerana dia memegang watak Hajah Safura iaitu perwatakan yang turut menjadi diidamkan.Teater Mana Setangginya akan dipentaskan pada 13 hingga 21 Jun depan, pukul 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya.Tiket dijual pada harga RM30, RM50, RM70 dan RM100.