suria

Beauty & Geek kembali temui peminat

Musim terbaru 'Beauty and The Geek' bakal menyaksikan sembilan pasangan bersaing bagi merebut hadiah bernilai $250, 000
Musim terbaru 'Beauty and The Geek'  bakal menyaksikan sembilan pasangan bersaing bagi merebut hadiah bernilai $250, 000
Musim terbaru 'Beauty and The Geek' bakal menyaksikan sembilan pasangan bersaing bagi merebut hadiah bernilai $250, 000

BEAUTY and the Geek kembali! Anda dapat menyaksikan sekumpulan wanita cantik bergandingan dengan sekumpulan lelaki cerdik yang kurang tahu bersosial dan berfesyen. Beauty and the Geek (Season 4) telah memulakan siaran pada 2 Mei lalu, jam 10.30 malam.

“Siri realiti ‘Beauty & Geek’ kini kembali. Musim terbaru pastinya mengundang ketawa dan cukup menghiburkan untuk ditonton! Jangan ketinggalan untuk menonton!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Musim terbaru ini bakal menyaksikan sembilan pasangan bersaing bagi merebut hadiah bernilai $250, 000. Antara cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh kesemua pasangan ialah melakukan persembahan.

Antara cabaran-cabaran yang terpaksa dilalui oleh si ulat buku ialah mereka perlu membuat persembahan dan menyanyi secara ‘rap’ dan bertanding dalam malam prom. Si cantik pula perlu memasuki pertandingan debat dan menjadi guru gantian bagi murid gred 3.

Musim ke-4 ini juga bakal menyaksikan seorang lelaki kacak yang akan digandingkan dengan seorang gadis ulat buku. Sam 26 tahun yang merupakan seorang pengurus majlis sosial akan dipasangkan dengan Nicole gadis berusia 25 tahun dari Tufts University.

Berikut merupakan senarai peserta dalam Beauty and the Geek (Musim ke-4):

The Geeks:

David – 28 tahun, Pentadbir Bahagian Kebakaran Jesse – 26 tahun, Jurutera Perisian John – 22 tahun, Pelajar / Pereka Litaran Analog Josh – 21 tahun, Pelajar Joshua – 26 tahun, Pelajar (bakal menerima Master) Luke –23 tahun, Pelajar Tony –26 tahun, Pelajar Perubatan Will – 23 tahun, Jurutera Perisian William – 25 tahun, Jurutera Perisian

The Beauties: Amanda – 25 tahun, Model Erin – 22 tahun, Pendandan Rambut Hollie – 26 tahun, artis Jasmine – 22 tahun, Pengasuh Jennifer – 26 tahun, Pelayan & Model Katie – 25 tahun, Pengurus Jualan Natalie – 22 tahun, Pelayan & Model Rebecca – 24 tahun, Pelajar Shalandra – 26 tahun, Pelayan Bar

Siapa yang bakal memenangi hadiah bernilai $250, 000? Saksikan Beauty and the Geek (Musim ke-4) yang telah mula disiarkan di 8TV pada 2 Mei 2009 jam 10.30 malam.

Artikel Lain