Vivek OberoiSELEBRITI Bollywood, Vivek Oberoi mendakwa kawan rapatnya, Kareena Kapoor mendesaknya agar mencari teman hidup dengan cepat dan segera berkahwin."Tekanan (untuk cepat berkahwin) itu memang ada, bukan sahaja dari ahli-ahli keluarga malah dari Bebo (nama samaran Kareena). "Setiap kali keluar bersama-sama untuk makan malam, dia (Kareena) akan menggeleng-geleng kepalanya dan memberitahu saya - `cari gadis baik dan berkahwin' dan saya akan berselindung di sebalik Saif. Kami akan ketawa besar," katanya.Kehidupan peribadi Vivek sememangnya sentiasa menjadi tumpuan utama - dari pertunangannya dengan kekasih lama, Gurpreet Gill yang tidak berhasil sehingga dikaitkan dengan ratu cantik, Aishwarya Rai.Kini, dia masih bujang. Alasannya untuk kekal bujang buat masa ini: "Saya masih menantikan kemunculan seorang gadis yang dapat menggalakkan saya mengakhiri zaman bujang."