suria

Nicole Kidman nafi hendak ambil anak angkat dari Vietnam

Nicole Kidman nafi yang dia ada ura-ura ingin ambil anak angkat dari Vietnam
Nicole Kidman nafi yang dia ada ura-ura ingin ambil anak angkat dari Vietnam
Nicole Kidman nafi yang dia ada ura-ura ingin ambil anak angkat dari Vietnam

AKTRES Nicole Kidman nafi yang dia dan suaminya, Keith Urban ada ura-ura untuk mengambil anak angkat dari Vietnam.

Kononnya, pasangan ini telah berurusan dengan kedutaan Vietnam bagi membolehkan mereka mengambil anak angkat bagi menemani anak perempuan mereka, Sunday Rose, yang akan genap satu tahun bulan depan.

Menurut jurucakap Nicole, "Ini hanya satu pembohongan dan tidak ada kebenaran langsung tentang berita ini."

Namun, Dang Minh Dao, timbalan bahagian Agensi Anak Angkat di Kementerian Keadilan, Hanoi memberitahu sebuah majalah Australia yang Kidman ingin mengambil anak angkat dari Vietnam.

"Kedutaan Amerika telah menghubungi kami tentang tujuan tersebut," katanya.

Namun, dia enggan memberitahu samada Kidman mahukan anak lelaki atau perempuan.

"Informasi ini begitu sensitif. Kami tidak boleh memberitahu," katanya lagi.

Sejauhmana kebenaran ini amat diragui. Sementelah begitu sukar untuk melalui prosedur mengambil anak angkat di Vietnam. Nicole dan Keith, 41, adalah warganegara Australia walaupun mereka menetap di Nashville, Tennessee.

Artikel Lain