suria

Britney nafi bersikap diva

Britney menganggap dirinya popular kerana tugas - foto AP
Britney menganggap dirinya popular kerana tugas - foto AP
Britney menganggap dirinya popular kerana tugas - foto AP

BRITNEY Spears akui, dia sering lupa dirinya adalah seorang yang popular dan menegaskan kehidupannya di mata khalayak adalah sekadar 'tugas'.

Tegas Britney, dia tidak pernah bersikap 'diva'.

Dia turut berkata, rakan-rakan selebriti yang lain tahu dia adalah seorang yang merendah diri.

"Saya tidak menganggap diri saya popular. Ini memang mengejutkan ramai selebriti kerana mereka sering menganggap diri mereka cukup 'besar', sementara saya pula merasakan itu hanyalah satu tugas.

"Saya masih Britney yang dulu. Saya sedar saya popular, tetapi saya tidak melihat perkara seperti yang orang lain lakukan. Adakalanya saya terkejut kerana terlupa saya adalah popular. Saya memang benar-benar lupa," katanya.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan