Carla Bruni. - foto APPEREMPUAN pertama Perancis, Carla Bruni akan mengalunkan suara lunak merdunya dalam satu majlis hari jadi Nelson Mandela yang akan diadakan di New York.Majlis itu sebagai satu simbolik tanda penghormatan kepada bekas Presiden Afrika Selatan tersebut, yang bakal diadakan di Madison Square Garden pada 18 Julai. Menurut laporan media, Bruni akan berduet dengan bintang popular Dave Stwart, lelaki di sebalik konsert Mandela Day di Afrika Selatan.Selebriti lain seperti Aretha Franklin, Queen Latifah, Cyndi Lauper, Jesse McCartney, Josh Groban and Wyclef Jean bakal membuat penampilan khas di majlis itu.