Megan Fox gementar untuk kembali hidup solo setelah berpisah dengan aktor Brian Austin Green - foto REUTERSBINTANG Transformers, Megan Fox yang baru-baru ini berpisah dengan aktor Brian Austin Green, akui agak gementar untuk mengharungi hidup secara 'solo' semula.Fox dan Green telah cuba untuk mengatasi masalah yang melanda hubungan mereka, namun aktres tersebut mengesahkan bahawa hubungannya dan Green telah berakhir. Dia dan Green telah memutuskan pertunangan pada awal tahun ini."Saya gementar untuk kembali menjadi solo. Ia menakutkan. Tapi saya mahu kekasih baru saya nanti adalah seorang yang jujur dan kelakar," katanya.Rakan Fox, aktor Shia Labeouf bagaimanapun menegaskan pelakon itu tidak akan solo untuk tempoh yang lama dan mengaku, dia juga akan memasuki senarai lelaki yang berpotensi untuk menjadi kekasih Fox."Sudah tentu saya akan jalinkan hubungan dengannya. Dia cantik," katanya.