suria

Deepika tidak kisah cium Saif

Deepika Padukone
Deepika Padukone
Deepika Padukone

DESAS-DESUS bertiup kencang di industri filem dan media tentang insiden Deepika Padukone bercium-ciuman dengan bintang gandingannya dalam filem 'Love Aaj Kal', Saif Ali Khan.

Deepika bagaimanapun memandang enteng tentang insiden tersebut.

Katanya, "Saya percaya adegan cium-mencium itu diperlukan dalam filem itu. Saya yakin memainkan peranan tersebut kerana saya pernah membawakannya dengan baik."

Ditanya sama ada kekasihnya, Ranbir Kapoor telah menonton filem tersebut dan menyetujui adegan tersebut, Deepika berkata:

"Saya selalu yakin menyisihkan kehidupan peribadi dan profesional saya.

Sambungnya lagi,"Kami berdua menyedari tuntutan profesional kami dan tidak mencampuri hal itu dalam pergaulan kami.

"Bagi saya, saya gembira memiliki Ranbir dalam hidup saya. Dia ialah kawan baik saya," kata Deepika.

Artikel Lain