JUARA... Ernie menerima cek replika RM20,000 dan trofi daripada Datuk Seri Dr Rais Yatim sambil diperhatikan oleh isteri, Datin Seri Maznah Rais. - foto THE STAR oleh SAMUEL ONGKUALA LUMPUR: Pelajar tingkatan lima, Nur Ernie Shahirah Zakri, 17, atau Ernie melakar sejarah baru apabila menjadi peserta termuda menjuarai pertandingan akhir Bintang RTM (BRTM) edisi 2009, semalam.Ini bermakna pelajar Sekolah Menengah (P) Methodist Kuala Lumpur ini mengikut jejak langkah Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Rohana Jalil, M. Rizal, Azharina Azhar dan Izwan Pilus menempa nama melalui program ini. Persembahan mantap dan penuh penghayatan Ernie menerusi lagu Cahaya dan Kau Yang Istimewa berjaya menambat hati lima juri profesional.Malah sorakan para hadirin yang teruja dengan aksi persembahan menarik Ernie turut menggamatkan Stadium Negara, tempat berlangsungnya BRTM 2009."Saya tidak menjangkakan berjaya menjadi juara kerana persaingan sengit daripada peserta lain seperti Anna, Fatin dan lain-lain. Alhamdulillah, hajat saya tercapai," kata Ernie pada sidang akhbar selepas pertandingan akhir itu selesai.Menurut Enrie, dia akan memfokus kepada pelajarannya selepas ini untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada penghujung tahun ini."Sekiranya saya memperolehi keputusan cemerlang, saya ingin melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang muzik," katanya yang bercita-cita menjadi pensyarah vokal. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi oleh Jo-Anna Sue Henly Rampas,(Anna), 20, sementara Nur Fatin Nabila Noor Sazley,(Fatin), 18 merangkul tempat ketiga.Anna turut menggondol Persembahan Terbaik dan Bintang Paling Popular (undian khidmat pesanan ringkas (SMS)) kerana gerak tari menarik di pentas, kelunakan suaranya di samping lantunan vokal tinggi dan menarik.Peserta dari Kota Kinabalu ini memperolehi undian tertinggi SMS sebanyak 35.45 peratus.Anna membawakan lagu yang dipopularkan oleh Faizal Tahir iaitu Bencinta dan Because of You nyanyian asal Celine Dion. Sejurus selesai mendendangkan lagu-lagu tersebut dengan bergaya, ramai meramalkan Anna bakal menjadi juara BRTM 2009. KEJUTANTernyata lima juri profesional yang mengadili BRTM 2009 itu mempunyai sebab-musabab tersendiri dalam menentukan siapakah yang layak bergelar juara.Mereka ialah Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Johari Salleh, Datuk Wah Idris, Datuk Khadijah Ibrahim dan Profesor Madya Khairil Johari Johar.Dalam sidang akhbar, menurut Mokhzani, pemberian markah adalah berdasarkan kawalan suara sebanyak 50 peratus; penghayatan (30 peratus); serta persembahan dan penampilan (20 peratus).Sementara itu, pemenang ketiga Fatin pula mengalunkan lagu nyanyian Jaclyn Victor iaitu Wajah selain dua lagu yang disampaikan secara medley, Mencintaimu dan Asmara.Lain-lain peserta yang membawakan lagu masing-masing termasuk Ikbal dengan Laguku Untukmu dan Kata; Aina (Hanya Satu dan Destinasi Cinta); Zilla (Bertamu di Kalbu dan Saving All My Love For You); Nizam (Sampai Syurga dan Malam Minggu Yang Mesra) dan Adli (Sempurna serta This Love dan I Hate Myself For Loving You).Pertandingan akhir BRTM 2009 kali ini memperlihatkan kreativiti setiap peserta yang akan membuat persembahan selama tujuh minit dengan tiga minit lagu wajib (lagu dalam bahasa Melayu ciptaan komposer tempatan) dan empat minit lagi lagu pilihan. Persembahan setiap peserta akan diiringi oleh Orkestra RTM. Selain itu, gelagat penyokong yang memberi sokongan terhadap peserta kegemaran mereka turut dipaparkan menerusi lintas langsung ke negeri-negeri kelahiran mereka.Penyampai radio Muzik FM, Muazanazzudin Mohamed (Muaz) tampil bersama Izwan Pilus dan Aleesya selaku pengacara bersama pertandingan akhir itu.Ia turut dimeriahkan oleh Rey dan Candy Cheah yang mempersembahkan lagu, 'One Sweet Day'; Dia Fadilla, Asmidar dan Farawahida (Semua Jadi Satu), Jaclyn Victor (Terasing) dan Jamal Abdillah (Di Mana Akhirnya & Terpesona Dusta). HADIAH-HADIAHSebagai juara BRTM 2009, Ernie membawa pulang wang tunai RM20,000, trofi dan sijil, satu set TV LED 40 inci Series 6000 dan kamera digital ES55 sumbangan Samsung, satu set memasak Luxor Halogen Laser, BioN Cerastone Necklace, 18K Gold Plated Bangle, Bio Cerastone EMR Protector dan Luxor Serigama Jelly Gamat sumbangan Luxor.Naib juara BRTM 2009 Anna memperolehi wang tunai RM15,000, trofi dan sijil, satu set TV LCD 32 inci B Series dan kamera digital ES55 sumbangan Samsung, satu set memasak Continental Pressure Cooker, BioN Cerastone Necklace, 18K Gold Plated Bangle, Bio Cerastone EMR Protector dan Luxor Serigama Jelly Gamat sumbangan Luxor.Fatin sebagai pemenang ketiga BRTM 2009 meraih wang tunai RM10,000, trofi dan sijil, satu set TV LCD 32 inci B Series sumbangan Samsung, satu set pemain DVD mudah alih, BioN Cerastone Necklace, 18K Gold Plated Bangle, Bio Cerastone EMR Protector dan Luxor Serigama Jelly Gamat sumbangan Luxor.Untuk kategori Persembahan Terbaik, Anna mendapat wang tunai RM5,000, trofi dan sijil, dan satu set TV LCD 32 inci B Series sumbangan Samsung, BioN Cerastone Necklace dan Luxor Serigama Jelly Gamat sumbangan Luxor.Anna yang memenangi Bintang Paling Popular (undian SMS) turut membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi dan sijil, satu set TV LCD 32 inci B Series sumbangan Samsung, serta BioN Cerastone Necklace dan Luxor Serigama Jelly Gamat sumbangan Luxor.Lima pemenang saguhati mendapat wang tunai RM1,000, trofi dan sijil dan satu kamera digital ES55 sumbangan Samsung.