suria

Cristiano Ronaldo minta maaf kerana tendang cermin kereta remaja perempuan

Cristiano Ronaldo (kiri) duduk di sebelah pemain Brazil, Kaka semasa sidang akhbar majlis anugerah The FIFA World Player Gala 2007 di Zurich. - foto AFP

CRISTIANO Ronaldo mengaku dia sangat marah sehingga menendang cermin kereta seorang remaja perempuan yang mengambil gambarnya di tepi jalan.

Bintang bola sepak itu menyesal atas tindakan liarnya. Pun begitu, dia tidak dapat berjanji dia tidak akan mengulanginya reaksi melampaunya itu - dalam situasi yang sama pada masa depan.

Ronaldo melampiaskan kemarahan kepada seorang remaja berusia 17 tahun yang didakwa mengekorinya dan ibunya, Dolores di Lisbon, Portugal pada Ahad lalu.

Media melaporkan gadis malang itu adalah penyokong pasukan bola sepak, Real Madrid.

Bagaimanapun, Ronaldo mendakwa gadis itu mengekorinya bersama seorang jurugambar paparazzi.

Dia hilang pertimbangan diri lalu bertindak liar apabila mendapati gadis itu terus-menerus mengambil gambar fotonya ketika bercuti di ibu negara Portugal.

Selepas itu, Ronaldo meminta maaf atas insiden itu, tetapi menegaskan: "Saya tidak boleh bersumpah saya tidak akan menunjukkan reaksi yang sama sekiranya insiden yang sama berlaku pada masa depan."

Artikel Lain