Debbie Rowe dan Michael Jackson sebelum mereka berpisah. - foto REUTERSNAMPAKNYA hak penjagaan kanak-kanak Michael Jackson kini menjadi rebutan bekas isteri Raja Pop itu, Deborah Rowe.Ini kerana Rowe baru-baru ini berjaya menangguhkan pembicaraan jagaan anak-anaknya di mahkamah. Menurut wakil peguam Rowe, Eric M. George, dia (Rowe) masih berteka-teki sama ada ingin membesarkan Michael Joseph Jr., (atau lebih dikenali sebagai Prince Michael), 12; dan Paris Michael Katherine, 11.Anak bongsu Jackson bernama Prince Michael II, 7, dilahirkan oleh ibu tumpang yang tidak dikenali sehingga hari ini.Wasiat Jackson pula secara jelas menyebut ibunya, Katherine sebagai penjaga kekal untuk ketiga-tiga anaknya. Mereka ialah Prince Michael, Paris Michael dan Prince Michael II, 7.Deborah Rowe mengemukakan tuntutan jagaan kedua-dua anaknya di mahkamah kerana dia sememangnya tidak menyetujui idea Katherine menjaga anak-anaknya sejak dulu lagi.Hakikatnya, dia menghabiskan masa yang sedikit bersama anak-anaknya. Ini kerana menurut Rowe, perhubungannya dengan Jackson sekadar 'alat' untuk melahirkan anak-anak untuk Jackson.Rowe mengenali Jackson semasa dia bekerja sebagai penyambut tetamu di pejabat ahli dermatologi yang dikunjungi Raja Pop itu.Rekod mahkamah menunjukkan Rowe telah menerima USD8.5 juta sebagai bayaran perpisahan.Hakim Mahkamah Tinggi Mitchell Beckloff telah jadualkan semula kes perbicaraan jagaan anak ke 13 Julai ini.Ini atas permintaan wakil-wakil Rowe dan Katherine yang kini mempunyai hak penjagaan sementara untuk tiga anak Jackson.