suria

$1.4 juta dihabiskan untuk upacara 'Memorial Jackson'

Keranda Michael diusung ketika Majlis Peringatannya di Staples Center, Los Angeles pada 7 Julai 2009. - foto AP
Keranda Michael diusung ketika Majlis Peringatannya di Staples Center, Los Angeles pada 7 Julai 2009. - foto AP
Keranda Michael diusung ketika Majlis Peringatannya di Staples Center, Los Angeles pada 7 Julai 2009. - foto AP

LOS ANGELES menghabiskan $1.4 juta untuk menyediakan sekuriti dan lain-lain perkhidmatan untuk upacara memperingati Michael Jackson @ 'The Memorial' di Staples Centre tempoh hari.

Menurut Matt Szabo, jurucakap kepada Mayor Antonio Villaraigosa, yang menyifatkan upacara itu sebagai satu kejayaan.

Katanya, "Jumlah yang dibelanjakan jauh lebih kecil dari apa yang dianggarkan iaitu $4 juta."

Rekod menunjukkan bil perbelanjaan dikongsi oleh penderma individu dan beberapa sektor swasta, yang mana ini telah mencetuskan ketidakpuasan hati oleh majlis perbandaran itu. Namun, salah seorang peguam di majlis perbandaran itu, Carmen Trutanich berkata pejabatnya akan menyiasat bagaimana bil yang dibelanjakan boleh dikongsi dengan pihak ketiga.

Laporan juga menunjukkan sejumlah RM17 ribu telah disumbangkan oleh peminat-peminat Michael untuk upacara tersebut.

'Memorial' Jackson merupakan kali kedua majlis seumpama itu melibatkan perbelanjaan yang besar.

Perkara ini dipandang serius memandangkan bandar itu mempunyai hutang sejumlah setengah billion dan ramai pekerja telah dibuang kerja disebabkan masalah ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain