TARUHAN konsep 40 minit muzik terbaik tanpa henti yang telah diperkenalkan oleh Suria fm ternyata berkesan menarik minat pendengar.Ini berdasarkan peningkatan jumlah pendengar yang ketara pada survey yang lalu dan hasil daripada maklum balas positif menerusi kajian yang telah dijalankan dan sebagai memenuhi permintaan pendengar yang inginkan lebih muzik, bermula 7hb Julai, (selasa), Suria Fm telah memperkenalkan konsep “40 minit muzik terbaik tanpa henti” bermula 10 pagi – 10 malam setiap hari. Ia sebagai tanda penghargaan kepada pendengar yang banyak menyokong stesen radio yang terkenal dengan tagline Muzik Terbaik Tanpa Henti itu selain memenuhi kepuasan pendengar dengan berpeluang mendengarkan putaran muzik terbaik lebih banyak dan tanpa gangguan iklan.Selain itu, bermula Isnin ( 13hb Julai), pendengar turut disajikan dengan “105 minit Maraton Muzik” bermula 9.00 pagi – 10.45 pagi setiap Isnin – Jumaat.Yang mana, menerusi segmen khas ini, pasti menjanjikan lebih kepuasan dengan putaran muzik terbaik selama 1 jam 45 minit tanpa sebarang iklan.Pendengar turut berpeluang berinteraksi bersama penyampai bertugas menerusi panggilan telefon atau melalui sms.Keterangan lanjut, layari www.suriafm.com.my