suria

31 juta orang Amerika menonton 'Memorial Jackson', laporan Nielsen

Krew TV, wartawan dan orang ramai berkumpul di hadapan Staples Centre sebelum upacara memorial Michael Jackson diadakan. foto-AP
Krew TV, wartawan dan orang ramai berkumpul di hadapan Staples Centre sebelum upacara memorial Michael Jackson diadakan. foto-AP
Krew TV, wartawan dan orang ramai berkumpul di hadapan Staples Centre sebelum upacara memorial Michael Jackson diadakan. foto-AP

SERAMAI 31.1 juta penonton di Amerika Syarikat mengikuti upacara Memorial Michael Jackosn di televisyen dan jutaan lagi yang menonton secara langsung melalui Internet.

Kajian Media Nielsen membandingkan upacara memorial Michael dengan peristiwa lain, seperti perlantikan Presiden Barack Obama yang ditonton oleh 38 juta orang dan siri akhir rancangan "American Idol" yang mencatat seramai 28.9 juta orang.

18 stesyen TV yang berbeza telah menyiarkan upacara itu secara langsung, termasuklah syarikat penyiaran gergasi dan TV stesyen dari negara luar, ini termasuklah MTV, BET dan 3 stesyen TV sepanyol.

Nielson belum lagi dapat memastikan jumlah penonton di seluruh dunia yang mengikuti upacara itu. Tugas tersebut dijangka akan memakan masa yang agak panjang sebelum statistik yang sebenar dapat dikeluarkan.

12 tahun yang lalu, 33.2 juta orang di Amerika Syarikat menonton upacara pengebumian Princess Diana.

Pada masa itu ianya dilakukan pada pagi hari Sabtu berbanding dengan upacara memorial Michael yang dilakukan pada waktu kerja.

Ketika itu orang ramai tidak ada pilihan selain menontonya di kaca TV kerana teknologi Internet belum lagi berkembang seperti hari ini.

CNN.com melaporkan bahawa 10.5 juta orang mengikuti upacara itu melalui laman web mereka dan ia merupakan rekod kedua tertinggi yang dicatatkan oleh laman web itu selepas rekod yang tertinggi dicatatkan pada Januari lalu semasa upacara perlantikan Barack Obama sebagai presiden Amerika Syarikat yang baru.

Upacara memperingati mantan Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan pada tahun 2004 diikuti oleh seramai 20.8 juta penonton manakala upacara pengebumianya ditonton seramai 35.1 juta orang.

Stesyen TV ABC, CBS dan NBC masing-masing menyiarkan rancangan khas mengenai Michael Jackson pada pukul 10 p.m EDT hari selasa (10 pagi rabu waktu tempatan).

Jumlah penonton yang menonton rancangan di ketiga-tiga stesyen TV tersebut ialah seramai 20.5 juta.

Statistik Kajian Media Nielsen itu hanya merujuk kepada penonton di Amerika Syarikat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain