suria

Akhil: ‘Cafe Akhil Hayy’ direhatkan sementara, biar mahkamah yang tentukan!

Program 'Cafe Akhil Hayy' melibatkan Waheeda dan Ustaz Akhil Hayy direhatkan buat sementara waktu bagi menghormati perbicaraan kes cerai Akhil dan Maizawati di Mahkamah Syariah.
Program 'Cafe Akhil Hayy' melibatkan Waheeda dan Ustaz Akhil Hayy direhatkan buat sementara waktu bagi menghormati perbicaraan kes cerai Akhil dan Maizawati di Mahkamah Syariah.
Program 'Cafe Akhil Hayy' melibatkan Waheeda dan Ustaz Akhil Hayy direhatkan buat sementara waktu bagi menghormati perbicaraan kes cerai Akhil dan Maizawati di Mahkamah Syariah.

BAGI menghormati Mahkamah Syariah, program ‘Cafe Akhil Hayy musim kedua’ di saluran Astro Oasis ‘direhatkan’ sementara waktu sehingga perbicaraan berhubung kes cerai Ustaz Akhil Hayy dengan isterinya, Maizawati Zainal selesai.

Hal itu disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar baru-baru ini.

Namun, dia enggan mengulas lanjut sama ada program itu akan disambung semula siarannya atau tidak.

“Kita terpaksa ‘hentikan’ sementara siaran program Cafe Akhil Hayy kerana ia melibatkan dua orang artis (Akhil dan Waheeda) dan menghormati perbicaraan (kes cerai Akhil dan Maiza) di mahkamah.

“Kalau boleh, kita tak nak libatkan program ini dengan kes yang sedang berjalan di mahkamah.

“Kita akan tunggu kes di mahkamah selesai dahulu. Jadi, saya tak boleh memberikan apa-apa komen buat masa ini,” kata Izelan.

Jelasnya, jika mahkamah menetapkan keputusannya pada 15 Julai ini, Astro Oasis akan memulakan semula siarannya tetapi akan ditukar ke slot yang lain kerana buat masa ini slot ‘Cafe Akhil Hayy’ digantikan dengan slot ‘Bahtera Perubahan’ yang memaparkan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin setiap hari Jumaat.

“Kita akan kekalkan slot ‘Bahtera Perubahan’ di situ dan meletakkan program ‘Cafe Akhil Hayy’ pada slot yang lain,” ujarnya.

‘Saya bukan berkhalwat, dedah aurat atau berzina..’

Pendakwah selebriti yang lebih popular dengan panggilan 'Ustaz Akhil' ketika dihubungi berkata dia menerima keputusan pihak Astro dan hanya berserah sama ada mahu mereka menyambung siaran program itu atau tidak.

“Sejak kes cerai saya dibicarakan di mahkamah, pihak Astro ada menelefon dan berbincang dengan saya.

“Bagi saya, eloklah mereka merehatkan program itu seketika kerana ramai orang di luar sana yang nak jadi hakim.

“Jadi, kita rehatkan (program) dulu biar keadaan menjadi tenang. Terpulang kepada Astro, kalau mereka kata rehat atau gantung ke..Itu kerja Tuhan dan saya tiada masalah,” tutur bekas penyanyi rock kumpulan Riyadh ini.

Menurut Akhil yang juga popular dengan panggilan ‘Ustaz Rock', dia difahamkan yang program ‘Cafe Akhil Hayy’ sudah tidak keudara sejak kes cerainya dibicarakan iaitu kira-kira sebulan yang lalu.

Ujarnya, “Kalau saya seorang sahaja dalam program itu, mungkin orang akan buat spekulasi yang berlainan dan program itu takkan direhatkan. Jadi, biar mahkamah yang tentukan.”

Tambahnya, pihak Astro perlu mengambil tindakan untuk merehatkan program ‘Cafe Akhil Hayy’ buat sementara waktu untuk menghormati ikon Astro yang lain walaupun ‘rating’ program itu agak ‘meletup’.

“Biar perkara ini selesai satu persatu. Saya tiada masalah jika Cafe Akhil Hayy direhatkan.

“Lagipun mereka (Astro) faham yang saya bukan berkhalwat, dedah aurat atau berzina. Jadi, sebab itu saya tiada masalah langsung dengan Astro,” jelasnya.

Walaupun dihujani dengan pelbagai dugaan termasuk kes penceraiannya, Akhil masih meneruskan kariernya dengan menghadiri konsert kerohanian, ceramah dan rakaman beberapa program terbitan Astro seperti rakaman konsert kerohanian, Mega Raya dan tadarus al-Quran.

“Saya menjalankan tanggungjawab saya seperti biasa kerana orang yakin dengan kita..ustaz bukannya Malaikat asalkan saya tidak buat kerja maksiat.

“Saya bukannya hipokrit..saya memberikan ceramah untuk sampaikan kebenaran, nasihat dan tazkirah dengan satu ayat,” tegasnya yang juga seorang penceramah bebas.

Terbaru, dia akan ke Kedah untuk menjayakan sebuah konsert yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah dan ceramah serta konsert di Ulu Langat.

‘Memang betul kemelut rumah tangga berlaku’

Dalam masa yang sama, Akhil yang seakan tidak dapat menahan emosinya dengan pihak media yang mensensasikan cerita penceraiannya sempat meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini. “Memang betul kemelut rumah tangga berlaku. Inilah nasib yang saya perlu lalui apabila terlibat dalam industri seni kerana orang akan mensensasikan cerita.

“Saya akui yang saya memang berhak menerima semua ini kerana dulu saya mengata orang tetapi sekarang saya yang kena tetapi ia perlu ikut hukum al-Quran.

“Manusia ada kesabaran dan keterbatasan itu,” luah bapa kepada empat orang anak ini.

Akhil juga menjelaskan kenapa dia tidak memberikan kenyataan tentang isu penceraian yang turut melibatkan penyanyi Waheeda itu.

“Saya tak bercakap sebab benda akan menjadi pergaduhan besar..media akan bertepuk tangan dan blog menjadi ‘laku’.

“Jadi, tak payah ‘argue’. Lepas selesai kes mahkamah, baru saya akan berhujah dan menyelesaikan kes itu. Hal ini akan selesai dan saya akan teruskan kehidupan,” katanya yang memberitahu anak sulung dan anak keduanya sedang berada di bawah jagaannya. Sebelum mengakhiri perbualan, Akhil berkata dalam nada sinis:

“Seorang isteri solehah tidak akan memanjangkan isu dan mengaibkan suaminya..suami takkan berlaku zalim..tetapi kuasa talak terletak pada suami..”

Sebutan kes cerai Akhil dan Maiza akan dibicarakan pada 15 Julai ini di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Artikel Sebelum