Keluarga Jackson, dari kiri, Tito Jackson, Randy Jackson dan Jackie Jackson ketika upacara memorial Michael di Los Angeles. foto-AP HANYA satu ujian mudah sahaja diperlukan untuk membuktikan yang Michael merupakan bapa kandung kepada anak-anaknya itu, jelas abang Michael, Tito Jackson.Menurut Tito, siapa yang ragu-ragu boleh melihat persamaan mata antara Michael dan anak-anaknya terutama sekali anak bongsunya, Blanket. "Mereka semua adalah anak kandung Michael. Blanket yang paling ketara sekali.""Mata seseorang tidak boleh menipu, mata mereka mirip Michael... banyak persamaan mereka dengan Michael," kata abangnya itu.Beliau berkata dia tidak faham kenapa orang ramai masih lagi mepersoalkan perkara itu hanya disebabkan warna kulit anak-anaknya yang lebih cerah walaupun umum mengetahui yang ibu Prince dan Paris adalah Debbie Rowe, seorang berbangsa kulit putih."Paris dan Prince memang anak kandung Michael. Tidak bermakna mereka berkulit putih maknanya mereka bukan anak Michael."Bapa saudara saya berkahwin dengan seorang wanita kulit putih dan mereka mempunyai tiga orang anak, dua daripada anak mereka berkulit putih dan seorang berkulit hitam."Bila mereka pergi ke sekolah tiada siapa yang mengetahui mereka adalah adik beradik," katanya lagi."Rupa Prince sangat mirip dengan datuk saya, mereka semua adalah 100% anak kandung Michael," tegas abangnya lagi.