suria

Polisi insurans Michael Jackson bernilai USD$ 13.3 juta mungkin tidak sah

Paris Jackson (kiri), Prince Michael Jackson I (kanan) dan Prince Michael Jackson II di atas pentas semasa upacara memperingati ayah mereka, Michael Jackson di The Staples Center, Los Angeles pada 7 Julai 2009. -foto AFP

POLISI insurans Michael Jackson bernilai USD 13.3 juta mungkin tidak sah kerana pegawai penyiasat masih cuba mengenal pasti kematian Michael.

Mereka menyiasat sama ada kematian Raja Pop itu adalah berpunca daripada "perbuatan khianat".

Michael Jackson telah menamakan tiga anaknya, Prince Michael, 12, Paris, 11, dan Prince Michael II sebagai pewaris mutlak harta pusakanya.

Tiga anak Raja Pop itu sepatutnya mewarisi hartanah bernilai jutaan pound selepas kematian Michael Jackson bulan lalu.

Sekarang, mereka mungkin tidak mendapat sesen pun kerana bergantung kepada hasil siasatan pihak insurans terhadap punca kematian mengejut Jackson.

Pihak berkuasa dikhabarkan sedang mencari kemungkinan Jackson tidak mati secara semulajadi.

Malah kematiannya mungkin boleh dilabelkan sebagai 'bunuh diri' ekoran penyalahgunaan dadah.

Kegagalan Michael mendeklarasikan ketagihan dadahnya menyebabkan polisi insurans terbatal.

"Pihak insurans sedang menyiasat segala kemungkinan kematian Jackson, pada dasarnya, bukan kematian normal," menurut laporan media.

"Mereka juga sedang menyiasat sama ada mendiang Michael adalah jujur atau bersifat mengelak atau sememangnya dia bohong semasa memohon polisi ini.

"Polisi tersebut tidak membayar untuk kes pemegang polisinya membunuh diri," tambah laporan media itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan