Tiga kategori yang berjaya dirangkul oleh kumpulan Bunkface, Anugerah Rockstar, Break Out, Ultimate Shout!. foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI.KUALA LUMPUR: Band indie, Bunkface mengungguli Shout! Awards yang julung kali diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil dengan kemenangan 'hattrick' semalam.Bunkface meraih anugerah Rockstar dan Break Out bagi kategori muzik selain anugerah The Ultimate Shout! Award. Menurut vokalis dan pemain gitar kedua Bunkface Sam, bandnya tidak menjangkakan menerima 'durian runtuh' tersebut.Lebih-lebih lagi katanya, para pesaing bagi dua kategori itu adalah hebat belaka."Anda boleh gunakan apa sahaja perkataan: teruja, 'happy', 'I am on top of the world'. Saya memang sangat gembira buat masa ini," kata Sam ketika ditemui di pasca parti Shout! Awards.Selain Sam, Bunkface dianggotai oleh Paan (pemain gitar utama), Youk (pemain bass) dan Biak (Pemain Dram).Kejayaan Bunkface hari ini tidak datang bergolek kerana anak-anak muda ini mengambil masa yang agak lama bertapak apatah lagi bersaing di persada muzik tempatan.Mereka mula memasuki pertandingan seperti Battle of The Band dan Time Blast Off. Walaupun kalah dalam pertandingan Time Blast Off, pihak Astro telah menaja Bunkface untuk menerbitkan klip video dan lagu Silly Lily.Bertitik-tolak dari situlah, nama Bunkface beransur-ansur menembusi industri muzik ‘mainstream’ tempatan.Menurut Sam, dia dan ahli-ahli kumpulan pernah menjual album cakera padat di majlis dan konsert yang disertai untuk memperkenalkan kumpulan mereka."Setelah berkecimpung dalam industri hiburan selama tiga tahun, akhirnya usaha kami telah membuahkan hasil."Kami ingin menghadiahkan kejayaan ini kepada para peminat yang terus-menerus memberikan sokongan serta galakan kepada Bunkface," ujar Sam yang berusia 21 tahun itu.Sam menambah, rancangan band seterusnya adalah mengeluarkan album baru dengan 10 lagu baru tidak lama lagi.Shout! Awards menjanjikan persembahan-persembahan hebat dari reggae-rapper Sean Kingston dan barisan artis – artis tempatan.Artis-artis hebat tempatan seperti Reza Salleh, Mia Palencia, Paolo Delfino, One Buck Short, Pop Shuvit, Jin Hackman, Komplot, Caprice, Estranged, Shila, Bunkface, Pesawat, Nikki, Joe Flizzow dan Rahim Maarof memberikan persembahan hebat.Dalam satu segmen penghormatan khas untuk mendiang Raja Pop, penyanyi bersuara emas, Jaclyn Victor membawakan lagu-lagu hebat Raja Pop sebagai tanda perhormatan ke atas pemergian Michael Jackson.Shout! Awards diadakan untuk memberi penghargaan kepada mereka yang telah banyak mempengaruhi industri Muzik, Filem, TV dan Radio tanahair.Rancangan yang akan berlangsung selama 2 ½ jam ini akan menyaksikan penganugerahan bagi mereka yang telah memberi revolusi baru dalam industri hiburan tempatan.Ia juga merupakan satu platform yang baik untuk peminat memilih dan melihat ke mana arah tuju industri hiburan Malaysia.Shout! Awards merangkumi anugerah khas untuk TV, Filem, Radio dan Muzik. KATEGORI MUZIKAnugerah Rockstar: BunkfaceAnugerah Popstar: StacyAnugerah Power Vocal: Jaclyn VictorAnugerah Flava (Hip Hop/R&B): Joe FlizzowAnugerah Break Out (Best New Act): Bunkface KATEGORI TV DAN FILEMAnugerah Best On Screen Chemistry (sepasang): Upin dan Ipin (Upin & Ipin TV Series).Anugerah Fresh TV Series (Siri TV baru termasuk Drama dan/ atau Sitcoms): GhostAnugerah Breakthrough Film: KamiAnugerah Favourite TV Program (Bukan Drama): Filed Trip! USAAnugerah Favourite TV Host: Naz - The Breakfast Show KATEGORI RADIOAnugerah Coolest Radio Announcer: JJAnugerah Favourite Radio Show: Fly FM Pagi Show (Ben, Nadia & Phat Fabes) KATEGORI THE WORKSAnugerah Stylo (Anugerah Paling Bergaya): Dynaz MokhtarAnugerah Hot Chick: Marion CaunterAnugerah Hot Guy: Faizal Tahir THE ULTIMATE SHOUT! AWARD: Bunkface