suria

Siti Sarah dapat satu pengajaran bermakna di WCPA

Siti Sarah Raisuddin berjaya membuktikan bakatnya di pentas dunia setelah berjaya mengondol empat pingat emas di Pertandingan Seni Persembahan Dunia (WCPA), yang diadakan di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 11 hingga 19 Julai lepas. - foto THE STAR oleh RICKY LAI
Siti Sarah Raisuddin berjaya membuktikan bakatnya di pentas dunia setelah berjaya mengondol empat pingat emas di Pertandingan Seni Persembahan Dunia (WCPA), yang diadakan di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 11 hingga 19 Julai lepas. - foto THE STAR oleh RICKY LAI
Siti Sarah Raisuddin berjaya membuktikan bakatnya di pentas dunia setelah berjaya mengondol empat pingat emas di Pertandingan Seni Persembahan Dunia (WCPA), yang diadakan di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 11 hingga 19 Julai lepas. - foto THE STAR oleh RICKY LAI

SIAPA sangka artis kecil molek yang memiliki vokal mantap ini pernah mengalami kejatuhan dalam hidup dan kariernya. Namun bagi Siti Sarah Raisuddin, semua itu hanyalah satu detik hitam yang telah lama dilupakannya.

Sarah kini dalam usaha untuk mengembalikan zaman kegemilangannya, lebih menggembirakan penyanyi ini telah berjaya memenangi Anugerah Emas peringkat akhir kategori vokal terbuka dan kategori duet dengan Yusrizan Usop atau lebih dikenali sebagai Bob AF2 dalam 'Pertandingan Seni Persembahan Dunia 2009 (WCPA)' yang diadakan di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 11 hingga 19 Julai lepas.

Namun tidak semudah itu bagi penyanyi ini untuk mendapat kejayaan sebesar ini, Sarah dikhabarkan telah pengsan pada sesi pemilihan untuk layak ke peringkat separuh akhir ketika pertandingan itu berlangsung.

"Sarah pengsan masa sesi pemilihan, waktu tu 'rushing' sangat sampai Sarah tak sempat nak makan dan waktu tu jugak Sarah masih tak dapat sesuaikan diri dengan suasana di sana, sebab tu lah Sarah pengsan.

"Pihak penganjur dan 'medic' di sana bertungkus lumus bantu Sarah ketika itu. Walaupun ketika itu Sarah menggigil, Sarah tetap buat keputusan untuk teruskan jugak, tetapi pihak penganjur yang begitu ambil berat sanggup memberi peluang kepada Sarah untuk berehat dan mengambil masa untuk bersedia.

"Namun Sarah tetap nak naik pentas untuk teruskan, Alhamdulillah Sarah layak ke separuh akhir dan masa separuh akhir tu, Sarah buat yang sehabis baik dan layak ke akhir," kata anak kepada Raisuddin Hamzah ini.

Bagi Sarah juga, dia telah mempelajari sesuatu yang bermakna ketika pertandingan itu yang akan dipraktikkannya di Malaysia.

"Banyak yang Sarah pelajari, kami di sana diajar cara bagaimana untuk cari pengurus, ejen dengan cara yang betul dan kami juga diajar bagaimana cara untuk berhadapan media ketika ditemuramah dan 'casting' yang betul," kata Sarah.

Penyanyi ini turut memberitahu, dia begitu bangga kerana memenangi anugerah emas ini kerana saingan dari negara lain begitu hebat dan bagus-bagus.

"Saingan dari negara-negara lain semuanya hebat, susah untuk Sarah menang sebenarnya.

"Apabila nama Sarah diumumkan sebagai pemenang, Sarah terkejut sangat-sangat... sebab pesaing Sarah bukan calang-calang, semuanya merupakan artis rakaman dari negara masing-masing.

"Pesaing yag hebat bagi Sarah dari Afrika dan Filipina, mereka sangat bagus," kata Sarah dengan riak wajah yang gembira.

Ketika ditanya perancangan Sarah selepas pulang dari Los Angeles, penyanyi ini menceritakan dia perlu menyambung rakaman single terbarunya yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

"Selepas ini Sarah akan sibuk dengan show dan Sarah akan masuk studio untuk buat rakaman single terbaru Sarah.

"Muzik untuk single tu dah dimasukkan, sekarang tinggal nak masukkan suara Sarah saja dan single ini telah di cipta oleh Aidit Alfian," katanya lagi.

Sarah yang begitu teruja dengan kemenangannya turut bersedia untuk membantu mencari bakat-bakat baru sekiranya pihak kerajaan masih bercadang untuk menghantar wakil dari Malaysia pada pertandingan ini tahun depan.

Sarah telah memenangi dua Anugerah Emas peringkat akhir kategori vokal terbuka dengan membawakan lagu 'Respect', bagi kategori duet dengan Bob AF2, pasangan ini menyanyikan lagu 'Unbreak My Heart'.

Sarah turut memenangi dua pingat emas bagi kategori 'World Music' dengan membawakan lagu 'Ghazal Untuk Rabiah' dan kategori 'RnB/Jazz' dengan lagu 'Dream'.

Artikel Lain