suria

Brad Pitt tidak percaya kewujudan tuhan

Replika selebriti Angelina Jolie dan Brad Pitt di Madame Tussauds Hollywood, Los Angeles pada 21 Julai 2009. -foto REUTERS
Replika selebriti Angelina Jolie dan Brad Pitt di Madame Tussauds Hollywood, Los Angeles pada 21 Julai 2009. -foto REUTERS
Replika selebriti Angelina Jolie dan Brad Pitt di Madame Tussauds Hollywood, Los Angeles pada 21 Julai 2009. -foto REUTERS

BRAD Pitt mengaku dia tidak percaya kepada tuhan dan terpaksa berkongsi tilam sepanjang tiga meter dengan pasanganya Angelina Jolie dan enam orang anak mereka dalam satu temu bualkhas.

Temubual itu diadakan semasa lawatan Brad Pitt ke Eropah untuk mempromosi filem barunya 'Inglourious Basterds' arahan Quentin Tarantiona, filem itu berkisarkan tentang pembunuhan yang dilakukan oleh Nazi.

Apabila ditanya adakah beliau percaya kepada kewujudan tuhan dan agama, beliau dengan gaya bersahaja menjawab 'tidak'.

"Tidak, tidak, 20 peratus dari diri saya adalah atheis dan 80 peratus lagi agnostik, saya fikir siapa pun tidak dapat pastikan mengenai perkara ini... jadi tiada guna kita bercakap mengenainya," lapor sebuah akhbar yang memetik kenyataanya.

Apabila mengulas mengenai katil besar yang terpaksa dikongsi kelapan-lapan mereka, Brad berkata: "Ya katil selebar 3 meter itu masih tidak cukup untuk kami semua, kami hilang hak untuk tidur dengan selesa... maknanya kami bersaing siapa yang akan terus hidup!" katanya sambil berseloroh.

Beliau enggan mengulas ketika ditanya bagaimana dia dan Angelina akan berasmara sekiranya tidur bersama dengan enam orang anak mereka.

Tetapi dia memberitahu yang mereka juga mempunyai masa mereka bersendirian berdua-duaan.

"Kami ada masa untuk 'itu'. Ia penting untuk mengeratkan perhubungan," katanya lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain