suria

Paramedik salah anggap MJ sebagai lelaki tua

Michael Jackson ketika membuat sidang media mengumumkan rancanganya untuk membuat persembahan di London O2 Arena. foto-AP

PARAMEDIK yang menghantar Michael Jackson ke hospital mendedahkan bahawa mereka pada mulanya menganggap orang tersebut merupakan seorang lelaki tua.

Hanya selepas 10 minit kemudian barulah mereka sedar yang orang tersebut adalah Michael Jackson.

"Beliau kelihatan seperti seorang lelaki tua yang lemah dan sangat uzur," kata salah seorang paramedik itu.

Minggu lepas, satu laporan mengatakan Michael sudahpun meninggal dunia apabila paramedik tiba di rumah sewanya di Los Angeles.

Ketika itu paramedik mengesahkan jantung Michael tidak lagi berfungsi dan tiada tanda-tanda beliau masih lagi hidup.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan